Friday, 22 December 2017

KARTEL AZMIN ALI YANG PERLU DIKALAHKAN PADA PRU-14


Parti Amanah Negara (pemikir maya FB/6 orang) mahu berperang dengan kem Azmin Ali agaknya, apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Azmin Ali mempunyai pendokong kuat di belakangnya.

Mereka menyenaraikan enam orang kuat itu dan menggelarkan mereka adalah ‘Kumpulan Kartel’ daripada PKR yang perlu dikalahkan pada PRU 14 akan datang.

Keenam-enam ‘Kumpulan Kartel’ itu adalah Datuk Seri Mohamad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR/ Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa), Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR/ Parlimen Ampang), Dr Xavier Jayakumar (Naib Presiden PKR/ ADUN Sri Andalas), Amirudin Shaari ( Setiausaha PKR Selangor/ADUN Batu Caves), Sivarasa Rasiah ( Ahli Biro Politik PKR/Parlimen Subang) dan Elizabeth Wong (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR/ADUN Bukit Lanjan).

Mereka beranggapan jika sesiapa sahaja yang dapat mengalahkan 'enam jahanam' ini maka keseluruhan PKR turut akan kalah dan berselerak.

Mereka juga mencadangkan agar AMANAH dan PPBM bertanding ditempat pemimpin-pemimpin PKR ini dan juga yang lain. Mereka tidak kisah jika kawasan yang ditandingi dalam kedudukan 3 atau 4 penjuru pada PRU nanti.

Salah seorang dari mereka menganggap ‘Kumpulan Kartel’ tersebut hanya dikawal oleh dua individu sahaja, iaitu Azmin dan Zuraida. Manakala yang selebihnya hanya dicucuk pengikut tegar mereka sahaja.

Mereka tidak kisah sekiranya pemimpin PKR yang lain menang dalam PRU akan datang kerana bila Anwar Ibrahim dibebaskan dari tahanan kelak PKR akan dikawal semula oleh Ketua Umum PKR itu. Mereka tidak boleh bertindak tanpa persetujuan Anwar Ibrahim dan segala perancangan akan terbantut.

Inilah juga perancangan DAP selama ini yang telah lama menyimpan hasrat untuk menjatuhkan Azmin Ali yang tidak mesra DAP dan kaum Cina dalam pemerintahannya.

Semoga berjaya !!!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...