Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkakan bahawa dia boleh
menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, tetapi Presiden UMNO itu tetap tidak jatuh
malahan kedudukannya semakin mengukuh dalam parti UMNO. Sedangkan, sebelum ini
dia berjaya menjatuhkan Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali Ku Li, Tun Musa
Hitam, Anwar Ibrahim, Allahyarharm Tun Abdul Ghafar Baba dan Pak Lah.
Perlu diingatkan bahawa kesetiaan dalam kalangan
kepemimpinan dan ahli UMNO adalah punca Tun Dr Mahathir Mohamad gagal
menjatuhkan Presiden parti, Najib Razak sehingga saat ini. Perkara itu menjadi
perbezaan bagi kepemimpinan Najib berbanding beberapa pemimpin UMNO sebelum ini
yang berjaya digulingkan Dr Mahathir.
Misi Gagal Dr Mahathir |
Jelas sekali perbezaan kepimpinan kedua-dua individu ini menjadi faktor penting dalam mengukur sokongan ahli parti kepada Presiden parti. Perbezaannya ialah Najib berkawan dengan kepemimpinan di bawah dan menjadi satu saf persahabatan dalam perjuangan yang sama dan kepemimpinannya adalah lebih terbuka dan demokratik berbanding ketika zaman Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO.
Jesteru itu, Najib mendapat sokongan penuh akar umbi untuk
menerajui parti UMNO walaupun ditentang bekas Presiden UMNO yang kini
menubuhkan partinya sendiri demi perjuangan politik peribadinya itu. Pendek
kata, kesetiaan ahli punca Dr Mahathir gagal jatuhkan Najib dan sikap ahli-ahli
UMNO yang sayangkan parti UMNO menjadi tunjang kepada keutuhan parti.
No comments:
Post a Comment