Monday, 18 December 2017

RAKYAT SEBENARNYA MARAH DAN CUBA AMBIL TAHU ISU TUN MAHATHIR DAN SULTAN SELANGOR



Geli hati apabila PAN mendakwa rakyat terutamanya orang Melayu tidak kisah isu Mahathir dan Sultan Selangor yang sedang hangat diperdebatkan di media sosial dan di ceruk-ceruk kampung.

Tun Mahathir adalah individu yang rakyat ingin tahu perkembangannya apabil isu pelaburan Forex dibuak siasatan semula. Ini kerana rakyat mahu menilai sejauhmana kerosakan yang telah dilakukan Tun Mahathir sepanjang beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dulu Tun Mahathir juga membenci DAP dan kini beliau boleh duduk semeja dengan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Isu mata lebam Anwar Ibrahim pada 1998 juga menjadi kayu pengukur penyokong dan pengikut Pakatan Harapan untuk terus bersama gabungan pembangkang itu.

Apabila timbul isu penghinaan keturunan Bugis yang boleh dikaitkan dengan keturunan Sultan Selangor, ia juga menjadi perhatian netizen. Kelantangan Tun Mahathir nampaknya sudah tidak terkawal dan beliau sanggup membelakangkan institusi diraja akibat tamakkan kuasa dan kerana egonya.

Berunding, meminta maaf, berdamai dan bertemu empat mata dengan pemimpin yang tidak disenanginya langsung tidak pernah dilakukan sejak Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Adakah identiti keMelayuan dan keImanan Tun Mahathir telah luntur? Kita doalah bersama-sama agar Negarawan kita ini kembali ke tikar sejadah untuk meminta keampunan kepada Allah yang maha agung lagi maha pengampun.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...