Pengacara hos TV dan selebriti yang juga abang kepada Menteri Besar Selangor iaitu Azwan Ali hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengemukakan dokumen dan bahan bukti mengenai kesalahan rasuah yang didakwa melibatkan adiknya, Datuk Seri Azmin Ali.
Azwan Ali tiba kira-kira pukul 10 pagi di pejabat SPRM. Menurutnya dia telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan dan kehadirannya juga adalah untuk mengemukan bukti dan dokumen yang berada dengannya.
HADIR KE IBU PEJABAT SPRM SERAH BAHAN BUKTI RASUAH AZMIN ALI |
Menurut Azwan lagi, ketebalan dokumen yang dibawanya itu menunjukkan kesungguhan dalam mendedahkan isu itu. Azwan sebelum ini berkata beliau akan memastikan Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Azmin Ali tumbang dalam usaha untuk mengambil alih Selangor pada pilihan raya umum ke-14 kelak.
Di samping itu juga, Azmin tekad untuk berbuat demikian dan punya sejuta idea untuk memusnahkan Azmin di Selangor dan bersumpah untuk mendedahkan rahsia adiknya itu satu demi satu. Sebagai warga negara yang bertanggungjawab, menurut Azwan, beliau perlu berbuat demikian bagi mencegah perkara tidak bertanggungjawab.
Azwan juga berharap dengan penyerahan dokumen dan laporan ini ia dapat membantu SPRM menjalankan siasatan, seterusnya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
No comments:
Post a Comment