Wednesday, 20 December 2017

POLITIK U TURN DR MAHATHIR


Dalam keadaan terdesak kini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan apa sahaja sebagaimana pendirian terbaharu beliau yang bersungguh-sungguh menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.Semua sedia maklum, Dr. Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab memasukkan Anwar ke dalam penjara dengan menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perbuatan liwat sebelum ini. 

Dulu lain sekarang lain pendirian!

Amat mengejutkan semua bahawa Dr. Mahathir yang dulu kini sudah berubah dan sanggup menukar pendirian dengan mendesak Anwar dibebaskan kerana meng­anggap Anwar sebagai tahanan politik yang perlu dibebaskan segera. Mungkin kerana faktor umur Dr. Mahathir yang mudah lupa, ingin penulis tekankan di sini bahawa Anwar bukan tahanan politik sebaliknya, beliau adalah tahanan jenayah kerana kesalahannya termaktub dalam akta kanun keseksaan yang mana hukumannya telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah kerana didapati bersalah.

Semua ini politik terdesak yang ditunjukkan Dr. Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu membuat apa lagi untuk mendapatkan sokongan. Berdasarkan pengalaman kita, Dr. Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin kerana sudah dekat dengan PRU-14, ada benda-benda lain lagi yang pelik akan keluar dari Dr. Mahathir. 






No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...