Friday, 22 December 2017

ANAK MUDA TIDAK PERCAYA PADA PAKATAN PEMBANGKANG

ORANG MUDA TIADA TEMPAT DALAM PH

Sikap pemimpin yang rakus kuasa antara punca golongan belia menjarakkan diri daripada politik, khususnya dalam Pakatan Harapan (PH) kerana parti ini hanya sibuk berpolitik dan tidak pernah melihat dengan lebih mendalam apa yang dimahukan generasi muda.

Pemimpin PH apabila berjawatan tinggi dilihat tidak berminat mendengar suara anak muda, bahkan menggunakan kuasa untuk mengugut atau mengambil tindakan terhadap anak muda yang dianggap menggugat kedudukannya.Kita tahu pembangkang sendiri memang banyak berdakyah tetapi idea-idea anak muda sekarang ini kurang didengari mereka.

Budaya organisasi politik PH turut menyumbang kepada tanggapan negatif anak muda di mana susah untuk anak muda diberi peluang untuk berada dalam kepimpinan tertinggi parti politik kerana sudah menjadi budaya untuk mendahulukan pemimpin lama.

Contoh terbaik, pucuk pimpinan atas PH dipelopori orang-orang lama dalam politik dan muka baru dari generasi baru tidak diberi ruang. Malah calon perdana menteri PH juga difahamkan mahu mencalonkan semula Tun Dr Mahathir. Mana calon pemimpin muda? Adakah sudah pupus dalam PH!

Pendek kata, generasi muda sudah mula muak dengan sikap sesetengah pemimpin dalam PH di mana sikap itu boleh dilihat pada rata-rata pemimpin PH yang enggan melepaskan jawatan walaupun sudah mencecah usia 60 tahun. Generasi muda juga sudah tidak pedulikan politik dan tidak percayakan kepada perjuangan PH.





No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...