Thursday, 28 December 2017

WANITA MELAYU DAP BODOH MUDAH SANGAT DIPERALATKAN OLEH DAP!!!




Kita dapat melihat penglibatan wanita Melayu Islam di dalam DAP hanya sekadar pelengkap semata-mata. Untuk menutup sikap rasis yang diamalkan di dalam DAP, jadi penglibatan golongan wanita Melayu muda Islam ditonjolkan dengan tujuan hanya untuk mempergunakan dan memperalatkan wanita Melayu Islam sebagai landasan memecah belahkan sokongan di kalangan Melayu Islam. 

Dalam hal ini tidak timbul persoalan untuk menjatuhkan atau memperkecilkan penglibatan wanita Melayu Islam yang bergiat di dalam parti politik lain, tetapi apa yang dipersoalkan sekarang ini adalah wanita Melayu Islam di dalam DAP sendiri. Kalau kita fikir-fikirkan mengapa wanita Melayu Islam dipergunakan oleh DAP, kenapa sudah tidak ada wanita cina cantik di dalam kelompok DAP? 
Wanita Melayu Islam di dalam DAP sekarang ini umpama melukut ditepi gantang di mana apabila mahu dipergunakan pada masa itu barulah DAP akan menonjolkan mereka. DAP akan mempergunakan bangsa, kelulusan dan kecantikan yang mereka miliki sebagai daya penarik bagi menarik sokongan dan perhatian rakyat.

Young Syefura Othman atau lebih manja dipanggil dengan panggilan Rara dipergunakan oleh DAP untuk membidas sikap UMNO yang telah memperkecilkan peranan dan penglibatan wanita DAP dalam politik tanah air. Begitu juga dengan Melati dan Dyana hanyalah dijadikan alat yang dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan parti itu semata-mata. 

Kita mempersoalkan di mana wanita Melayu Islam DAP yang lain? Bukankah apa yang kita lihat sekarang ini wanita Melayu Islam DAP dilihat sebagai alat untuk mempergunakan kedudukannya sebagai bangsa Melayu Islam yang boleh dihambakan oleh DAP dalam apa juga cara. DAP sudah pasti akan memberikan wang dan jawatan kepada wanita Melayu Islam ini sebagai umpan kepada mereka agar terus taat setia kepada DAP. 

Jelas kini pemimpin-pemimpin wanita DAP masih dijadikan bahan exploitasi oleh golongan yang berkepentingan terutama dalam memastikan politik DAP dapat menjerat lebih ramai Melayu serta memecah belahkan Melayu sebagai kaum yang dominan dalam politik Negara.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...