Seramai 54 orang dari DAP telah melakukan bantahan kepada Kem Tentera Segamat yang hampir siap 80%. Mereka kononnya mendakwa melakukan bantahan ini kerana memperjuangkan hak rakyat tetapi realitinya mereka ada agenda sulit dan rersembunyi.
Sebenarnya kem-kem tentera dibina bukan setakat berada di Johor sahaja, bahkan turut dibina di di Bera, Pahang dan juga Hutan Lintang Perak. Kem ini juga turut dibina di Paloh, Kluang, Lembah Pantai dan Bukit Katil. DAP cemburu tapi tidak kena tempat, kerana jika kem ini dipindahkan ke mana-mana sekalipun mereka akan tetap tidak akan berpuas hati. Bagi DAP apa sahaja tindak tanduk dan perlakuan yang dilakukan oleh kerajaan hanyalah semata-mata mensabotaj politik mereka semata-mata.
DAP dan Pakatan Harapan sudah lama mengamalkan sikap pilih bulu jika sesuatu perkara tidak memihak kepada mereka. DAP semakin terdesak menyelamatkan survival politik mereka di Johor tanpa menghiraukan rakan pakatan mereka yang lain. DAP juga hanya membela nasib hidup mereka sendiri bukannya membela nasib rakyat. Malahan DAP mengecam segala aset ketenteraan Malaysia.
Apa sahaja yang dilakukan oleh penguatkuasa kita termasuklah anggota polis semuanya salah di mata DAP. DAP akan memperkecil-kecilkan anggota-anggota polis yang bermati-matian mempertahankan keselamatan dan keamanan negara kita. Sama juga seperti yang berlaku di Lahad Datu, DAP merendah-rendahkan kematian anggota tentera dalam isu Lahad Datu kononnya drama ciptaan kerajaan. Tiada simpati, tiada empati tiada perasaan dan hati perut dalam diri DAP sebaliknya mereka hanya tahu ini semua hanyalah drama dan sandiwara tanpa fikirkan emosi keluarga tentera yang terlibat.
Kesimpulannya DAP terdesak dan sudah pasti orang Johor boleh mengenal mana intan dan mana yang kaca. DAP tidak berupaya membangunkan Johor. DAP hanya mampu mencipta persepsi agar rakyat membenci kerajaan. Rakyat Johor tidak seharusnya takut dan beranilah mempertahankan negeri Johor daripada terus diasak dengan agenda politik jahat yang dibawa oleh mereka.
No comments:
Post a Comment