Wednesday, 6 December 2017

KENYATAAN ZAID IBRAHIM DALAM TWITTER JELAS SATU BENTUK PENGHINAAN BUAT SULTAN SELANGOR & INSTITUSI DIRAJA


Kenyataan Sultan Selangor yang menegur Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menghina etnik Bugis telah mendapat perhatian Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim telah mempertikaikan tindakan Sultan Selangor menegur Dr Mahathir kerana perbuatannya menghina etnik Bugis. 



Di antara kenyataan pedasnya yang dipetik dari laman twitternya adalah “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.” Apa yang jelas, Zaid Ibrahim seolah-olah tidak mahu menerima atau memahami teguran Sultan Selangor sebaliknya mempertikaikannya. Tidak mustahil ajaran ini dibawa DAP yang sentiasa menolak dan memperkecilkan institusi Diraja Melayu di negara ini. Ianya juga satu bentuk penghinaan buat Sultan Selangor yang jelas memperkecilkan peranan institusi Diraja dalam negara.

Dalam hal ini, titah Sultan Selangor itu harus dilihat dari sudut yang positif, tentang betapa sayangnya baginda kepada rakyat dan negara Malaysia. Tetapi, seperti kebiasaannya, pembangkang yang tidak pernah berhenti bermain politik telah sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar mereka.

Zaid sebagai peguam sepatutnya lebih jelas tahu peranan Institusi Diraja dalam negara. Raja-raja Melayu merupakan tiang utama negara ini. Jesteru, titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor telah disusuli dengan pertimbangan dari setiap sudut selaras dengan tanggungjawab baginda memastikan kedudukan negara berada dalam keadaan yang terbaik.

Di samping itu juga, titah Sultan Selangor itu jelas bukan bersifat politik tetapi ia adalah suatu bentuk peringatan kepada para pemimpin dan rakyat daripada semua kaum supaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian di negara ini. Ternyata tindakan Zaid mempertikai titah Sultan Selangor adalah jelas cuba menafikan peranan raja-raja Melayu dan dia telah menunjukkan sikap angkuh dan biadab!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...