Wednesday, 27 December 2017

DAP PERLU MENYUARAKAN PENDIRIAN MEREKA MENGENAI ISU BAITUL MAQDIS & PALESTIN



Memang tidak dinafikan DAP dari awal penubuhannya pro Amerika dan Pro Yahudi. Isu DAP menerima dana pilihanraya daripada Yahudi/Israel sebanyak RM1.2 bilion juga masih belum dijawab oleh pemimpin DAP hingga ke hari ini.

Namun, bila isu dana pilihanraya melibatkan BN/Umno yang diterima dari kerabat DiRaja Arab Saudi, DAP lah juara dan membuat persepsi buruk terhadap kerajaan dan Perdana Menteri. 

DAP dan Pakatan Harapan juga seringkali terkehadapan dalam isu semasa sehingga ada pemimpin mereka menulis buku mengenai salahlaku dan penyelewengan yang berlaku di dalam kerajaan.

Tapi apa yang peliknya, apabila membabitkan isu mengenai Palestin mahupun penderitaan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar, DAP secara tiba-tiba menjadi bisu, pekak dan buta. Mereka seolah-olah membayangkan, apa yang berlaku di negara-negara berkenaan bukan masalah mereka.

Agak menarik untuk diperkatakan apabila terdapat laporan mengatakan, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh ada menyatakan bahawa, Baitulmaqdis itu sememangnya hak milik Israel dan kenyataan ini senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Benjamin Netanyahu bahawa Baitulmaqdis adalah milik Israel sejak lebih 3,000 tahun yang lalu.

Adakah DAP mahu berselindung di sebalik bendera Israel dan AS? Jika DAP memerintah negara, adakah DAP mahu meletakkan Kedutaan Malaysia di Israel bagi memudahkan hubungan baik antara mereka?

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...