PEMBERIAN KONTRAK DIRAGUI |
Ketelusan dan integriti Kerajaan PKR Selangor di bawah kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipersoal apabila didakwa memberikan kontrak secara langsung bernilai RM1 juta kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sebalik penganjuran Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara 2017 yang berlangsung di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah di sini pada 7 hingga 10 Disember lalu.
Pemberian kontrak tersebut dilihat amat meragukan lebih-lebih lagi NGO terbabit yang dikenali sebagai PESAKA itu dikatakan bukanlah benar-benar sebuah NGO kebudayaan. Sebaliknya, PESAKA itu dakwanya adalah sebuah syarikat yang berstatus sendirian berhad. Malah, lebih menarik lagi apabila nama pengarah dan pemegang saham syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2 itu difahamkan adalah milik kurator utama festival berkenaan yang dikenali sebagai Eddin Khoo.
Selanjutnya, adakah wang penganjuran festival ini dibayar kepada PESAKA sebagai NGO atau syarikat sendirian berhad? Kemusykilan yang memeningkan inilah yang mesti diberi penjelasan oleh kerajaan negeri. Selain itu, pemberian kontrak ini juga diragui kerana ia diberi secara terus dan persoalannya di sini adakah entiti itu benar-benar memenuhi kriteria atau amalan serta tatacara kewangan sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Di samping itu juga, penganjuran festival berkenaan turut gagal apabila difahamkan tidak mendapat sambutan daripada orang ramai meskipun sebanyak 30 program dikatakan telah diatur sepanjang tempoh penganjurannya.Hal ini telah melihatkan bagaimana penganjuran festival ini dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Jesteru, Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor perlu menjawab isu ini kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan pemberian kontrak ini dan mungkin wujud unsur kronism di dalam urusan ini.
No comments:
Post a Comment