DAP bertanggungjawab mewujudkan politik perkauman kerana
politik sebegitu hanya wujud selepas tertubuhnya parti itu. UMNO diwujudkan
hampir 20 tahun lebih awal sebelum lahirnya DAP. Politik pelbagai kaum ketika
itu cukup harmoni.
Tetapi setelah Singapura dikeluarkan dari negara ini, parti
serpihan PAP muncul iaitu DAP dan sejak wujudnya DAP yang bertanding dalam
pilihan raya maka banyak isu perkauman dipolitikkan, sebagaimana kita tahu
telah berlaku pergaduhan kaum dan tragedi hitam di negara pada 13 Mei 1969.
Lipatan sejarah ini harus dibuka semula bagi membolehkan
generasi lama dan baru mengenali siapa sebenarnya DAP serta mendedahkan kepada
orang ramai bagaimana politik perkauman mula timbul.
Dalam hal ini, senario politik perkauman sememangnya sudah
sebati dalam DAP dan ianya menjadi agenda utama DAP untuk melumpuhkan parti
Islam di Malaysia. Mereka berjaya meracuni pemikiran orang-orang Cina untuk
membenci kerajaan malah orang-orang Melayu juga menjadi sasaran mereka. Mereka
mahu melihat orang Melayu berpecah.
Bukan itu saja, kita lihat DAP terpaksa berulang kali
menangkis dakwaan bahawa ia adalah parti cauvinis Cina yang mengancam kedudukan
Islam dan orang Melayu di Malaysia.
Malah pemimpin parti DAP sentiasa mendakwa parti-parti
Melayu seperti UMNO dan PAS sentiasa menggunakan hujah DAP anti Islam untuk
mencetuskan rasa takut di kalangan pengundi Melayu-Islam.
Untuk mengubah persepsi itu, DAP membawa masuk lebih ramai
anggota Melayu ke dalam parti itu dan meletakkan mereka sebagai calon untuk
bertanding pada pilihan raya yang mana rakyat tidak tahu tujuan dan motif di
sebalik tindakan mereka itu yang lebih bertujuan untuk mendapat undi Melayu.
POLITIK PERKAUMAN DAP |
DAP adalah parti yang jauh berbeza dengan parti-parti
komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC serta anggota lain
yang mementingkan perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan parti. Kesatuan
parti komponen BN bukan Islam ini lah yang menjadi tunjang kejayaan BN kerana kepelbagaian
dan keharmonian yang diwujudkan mereka.
No comments:
Post a Comment