Friday, 29 December 2017

DAP KEJI HINA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA!!! TETAPI KERAJAAN HARGAI ANGKATAN TENTERA!!!




Sebelum ini tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang kononnya pembinaan kem tentera di Sembrong, Johor bermotifkan politik dilihat sebagai politik keji kerana kenyataannya menghina kehormatan anggota tentera di negara ini.  Liew menuduh pembinaan kem tentera di Sembrong bertujuan meningkatkan undian dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional apatah lagi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga adalah Ahli Parlimen Sembrong. 

Ini permainan dan taktik keji DAP mereka bukan sahaja mempolitikkan isu kem tentera malahan mereka mencaci dan menghina para tentera termasuklah kaum keluarga mereka. DAP dan parti pembangkang akan menggunakan gelaran anjing dan sebagainya dengan tujuan untuk memburukkan imej dan reputasi tentera. Keadaan ini sangat mengecewakan dan mendukacitakan kerana tindakan DAP ini langsung tidak menghormati  sesama manusia, apatah lagi golongan tentera yang sanggup menggadai dan mempertaruhkan nyawa mereka menjaga keamanan, keselamatan dan kehormatan negara. 

DAP dan parti pembangkang memfitnah dan mempermainkan kebaikan yang dilakukan oleh para tentera seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia yang dalam masa yang sama menerima bantuan daripada pihak tentera. Kita dapat melihat kebodohan dan keangkuhan mereka ini sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian mereka yang mementingkan diri sendiri serta tidak menghargai kebaikan insan lain. Ini membuktikan mereka adalah musuh kita, musuh dalam selimut Malaysia yang perlu dihapuskan dari terus menjadi barah dan nanah dan akhirnya akan merosakkan nama dan reputasi negara. 

Kesimpulannya syabas dan tahniah diucapkan kepada semua prajurit-prajurit negara yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera, Angkatan Tentera Udara, Laut dan Darat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat Malaysia di atas segala tanggungjawab dan bantuan mereka yang menjaga keselamatan dan kemakmuran negara kita Malaysia.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

ARTIS BIGO KUAT BERDRAMA, KATA KOS SARA HIDUP TINGGI, TAPI MAMPU UPAH PENGAWAL PERIBADI DENGAN BAYARAN RIBUAN RINGGIT!!!




Fathia kononnya mendakwa dirinya amat terkesan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi walaupun beliau mampu mengupah pengawal peribadi dengan harga ribuan ringgit. Fathia menarik perhatian ramai apabila dirinya mengeluh kos sara hidup yang tinggi dan nilai wang ringgit yang lemah di Twitter. 

Fathia mendakwa kononnya makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan sukar didapati. Tetapi lihatlah sekarang ini Fathia sudah mengupah pengawal peribadi dengan bayaran bukan murah, sudah pastinya mahal. Fathia cukuplah beralasan dan mencari kesalahan, sebaliknya lebih baik Fathia menumpukan dan memfokuskan kepada tugas dengan meletakkan negara kembali kepada landasan. Mengecewakan apabila melihat keadaan ini!!

Dengan gaya hidup Fathia yang mewah sehingga berkemampuan mengupah pengawal peribadi orang seperti Fathia inilah yang tidak memahami kesukaran gaya hidup akibat kos sara hidup yang tinggi, ringgit yang lemah dan kekurangan peluang pekerjaan. Gaya hidup Fathia sebagai seorang penghibur sudah pasti Fathia tidak pernah merasai kesusahan. Kehidupan Fathia sekarang ini tidak kelihatan langsung seperti Fathia sedang menderita dan sengsara. Realitinya golongan artis seperti Fathia sekadar dipergunakan oleh pembangkang untuk terus memfitnah dan memburukkan kerajaan.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.

Thursday, 28 December 2017

BAGI MAHATHIR, BAGI BANTUAN KEPADA RAKYAT SALAH TETAPI MAKAN DUIT PROJEK MEGA TAK MENGAPA!!! PROJEK MEGA MAHATHIR SEMUANYA HANCUR!!




Kita boleh melihat cerita projek Mahathir yang gagal di era kekuasaan dan pemerintahan Mahathir. Projek mega Mahathir bukanlah projek yang kecil tetapi projek berkenaan menelan kos berbilion ringgit dan berjuta-juta ringgit. Tetapi lihatlah siapa yang menanggung? Yang menanggungnya adalah kerajaan dan rakyat. Kerugian yang ditanggung oleh kerajaan dan rakyat bukannya sedikit.

Adakah ini membuktikan Mahathir seorang Perdana Menteri yang hebat dan cemerlang 100% perfect, sempurna dan terbaik dari semua segi? Atau Mahathir mahukan dirinya dilihat jujur, baik dan memimpin dengan tulus ikhlas tanpa mengambil sebarang peluang mahupun kesempatan untuk kepentingan dirinya sendiri dan tidak pernah songlap atau melesapkan sesen pun daripada projek yang pernah dilaksanakan olehnya semasa dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Tengok sajalah PERWAJA, PKFZ, MAS dan PROTON, apa sudah jadi? Berapa banyak kerugian yang ditanggungjawabkan dan kalau difikirkan semula kerugian ini membawa kerugian berbilion ringgit dan bukannya kerugian ratusan ringgit. Mahathir harus ingat kebijaksanaan yang ada pada Mahathir bukan sahaja mensejahterakan dan memakmurkan rakyat dan negara, ramai lagi rakyat yang menderita dan miskin. Kenapa ini berlaku Mahathir? Kerana Mahathir mengkayakan kroni-kroni korporat dan anak beranak beliau yang kini sudah pun menjadi bilionair.

Mengapa Mahathir bertindak zalim dan rakus sehinggakan sanggup mengkhianati rakyat dan negara? Bukankah segala harta dan kekayaan yang dihimpun secara haram akan dipersoalkan di akhirat kelak. Mahathir tidak takut dengan azab Allah nanti di akhirat. 

Kesimpulannya Mahathir seharusnya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Mahathir seharusnya mengakui segala kesilapan dan kesalahan beliau selama ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedarlah Mahathir sebelum terlambat.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

WANITA MELAYU DAP BODOH MUDAH SANGAT DIPERALATKAN OLEH DAP!!!




Kita dapat melihat penglibatan wanita Melayu Islam di dalam DAP hanya sekadar pelengkap semata-mata. Untuk menutup sikap rasis yang diamalkan di dalam DAP, jadi penglibatan golongan wanita Melayu muda Islam ditonjolkan dengan tujuan hanya untuk mempergunakan dan memperalatkan wanita Melayu Islam sebagai landasan memecah belahkan sokongan di kalangan Melayu Islam. 

Dalam hal ini tidak timbul persoalan untuk menjatuhkan atau memperkecilkan penglibatan wanita Melayu Islam yang bergiat di dalam parti politik lain, tetapi apa yang dipersoalkan sekarang ini adalah wanita Melayu Islam di dalam DAP sendiri. Kalau kita fikir-fikirkan mengapa wanita Melayu Islam dipergunakan oleh DAP, kenapa sudah tidak ada wanita cina cantik di dalam kelompok DAP? 
Wanita Melayu Islam di dalam DAP sekarang ini umpama melukut ditepi gantang di mana apabila mahu dipergunakan pada masa itu barulah DAP akan menonjolkan mereka. DAP akan mempergunakan bangsa, kelulusan dan kecantikan yang mereka miliki sebagai daya penarik bagi menarik sokongan dan perhatian rakyat.

Young Syefura Othman atau lebih manja dipanggil dengan panggilan Rara dipergunakan oleh DAP untuk membidas sikap UMNO yang telah memperkecilkan peranan dan penglibatan wanita DAP dalam politik tanah air. Begitu juga dengan Melati dan Dyana hanyalah dijadikan alat yang dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan parti itu semata-mata. 

Kita mempersoalkan di mana wanita Melayu Islam DAP yang lain? Bukankah apa yang kita lihat sekarang ini wanita Melayu Islam DAP dilihat sebagai alat untuk mempergunakan kedudukannya sebagai bangsa Melayu Islam yang boleh dihambakan oleh DAP dalam apa juga cara. DAP sudah pasti akan memberikan wang dan jawatan kepada wanita Melayu Islam ini sebagai umpan kepada mereka agar terus taat setia kepada DAP. 

Jelas kini pemimpin-pemimpin wanita DAP masih dijadikan bahan exploitasi oleh golongan yang berkepentingan terutama dalam memastikan politik DAP dapat menjerat lebih ramai Melayu serta memecah belahkan Melayu sebagai kaum yang dominan dalam politik Negara.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

Wednesday, 27 December 2017

DAP PERLU MENYUARAKAN PENDIRIAN MEREKA MENGENAI ISU BAITUL MAQDIS & PALESTIN



Memang tidak dinafikan DAP dari awal penubuhannya pro Amerika dan Pro Yahudi. Isu DAP menerima dana pilihanraya daripada Yahudi/Israel sebanyak RM1.2 bilion juga masih belum dijawab oleh pemimpin DAP hingga ke hari ini.

Namun, bila isu dana pilihanraya melibatkan BN/Umno yang diterima dari kerabat DiRaja Arab Saudi, DAP lah juara dan membuat persepsi buruk terhadap kerajaan dan Perdana Menteri. 

DAP dan Pakatan Harapan juga seringkali terkehadapan dalam isu semasa sehingga ada pemimpin mereka menulis buku mengenai salahlaku dan penyelewengan yang berlaku di dalam kerajaan.

Tapi apa yang peliknya, apabila membabitkan isu mengenai Palestin mahupun penderitaan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar, DAP secara tiba-tiba menjadi bisu, pekak dan buta. Mereka seolah-olah membayangkan, apa yang berlaku di negara-negara berkenaan bukan masalah mereka.

Agak menarik untuk diperkatakan apabila terdapat laporan mengatakan, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh ada menyatakan bahawa, Baitulmaqdis itu sememangnya hak milik Israel dan kenyataan ini senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Benjamin Netanyahu bahawa Baitulmaqdis adalah milik Israel sejak lebih 3,000 tahun yang lalu.

Adakah DAP mahu berselindung di sebalik bendera Israel dan AS? Jika DAP memerintah negara, adakah DAP mahu meletakkan Kedutaan Malaysia di Israel bagi memudahkan hubungan baik antara mereka?

AZMIN ALI MEMBISU SKANDAL KAMPUNG SUNGAI YU




Sikap membisu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap lima saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkaitan skandal tanah di Kampung Sungai Yu.

Meskipun sudah hampir sebulan disahkan berlakunya penyelewengan, namun Azmin Ali dan barisan Exconya masih membisu dan mendiamkan diri. Ini telah mencetuskan pelbagai persoalan daripada pihak media dan juga rakyat terutamanya kerana mereka ingin tahu situasi sebenar.

Azmin Ali didesak untuk membuktikan kete­lusan pentadbirannya berhubungan skandal di Sungai Yu dengan melaksanakan semua lima saranan Selcat, terutama menggantung proses pemberimilikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik selain mengesahkan semula kelayakan para pemohon.

Azmin Ali juga dikatakan telah berjanji dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini seandainya terbukti berlaku penyelewengan dalam skandal berkenaan, proses pemberian tanah tersebut akan dibatalkan tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan yang menjurus ke arah itu (pembatalan) dibuat oleh kerajaan.

Siasatan dari pihak SPRM telah dijalankan dan kes itu berasaskan wujudnya pelbagai skandal dalam proses pemberian tanah di Kampung Sungai Yu. Antara perkara yang pelik wujud dalam skandal tersebut adalah bagaimana 18 individu yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan kerajaan negeri sehingga diberikan kelulusan memiliki tanah.

Kerajaan Azmin Ali didesak agar telus dan bertanggungjawab dengan segala tindakan yang telah dilakukan di Selangor. Tempoh penyelesaian yang terlalu lama membuatkan rakyat akan hilang pertimbangan dan marah dengan kedangkalan tindakan barisan Exco dan anak buahnya.

PENIPU PROFESIONAL @ PENGERUSI DAP JOHOR LIEW CHIN TONG FITNAH PEMBINAAN KEM DI SEGAMAT JOHOR!!!




Seramai 54 orang dari DAP telah melakukan bantahan kepada Kem Tentera Segamat yang hampir siap 80%. Mereka kononnya mendakwa melakukan bantahan ini kerana memperjuangkan hak rakyat tetapi realitinya mereka ada agenda sulit dan rersembunyi. 

Sebenarnya kem-kem tentera dibina bukan setakat berada di Johor sahaja, bahkan turut dibina di di Bera, Pahang dan juga Hutan Lintang Perak. Kem ini juga turut dibina di Paloh, Kluang, Lembah Pantai dan Bukit Katil. DAP cemburu tapi tidak kena tempat, kerana jika kem ini dipindahkan ke mana-mana sekalipun mereka akan tetap tidak akan berpuas hati. Bagi DAP apa sahaja tindak tanduk dan perlakuan yang dilakukan oleh kerajaan hanyalah semata-mata mensabotaj politik mereka semata-mata. 

DAP dan Pakatan Harapan sudah lama mengamalkan sikap pilih bulu jika sesuatu perkara tidak memihak kepada mereka. DAP semakin terdesak menyelamatkan survival politik mereka di Johor tanpa menghiraukan rakan pakatan mereka yang lain. DAP juga hanya membela nasib hidup mereka sendiri bukannya membela nasib rakyat. Malahan DAP mengecam segala aset ketenteraan Malaysia. 

Apa sahaja yang dilakukan oleh penguatkuasa kita termasuklah anggota polis semuanya salah di mata DAP. DAP akan memperkecil-kecilkan anggota-anggota polis yang bermati-matian mempertahankan keselamatan dan keamanan negara kita. Sama juga seperti yang berlaku di Lahad Datu, DAP merendah-rendahkan kematian anggota tentera dalam isu Lahad Datu kononnya drama ciptaan kerajaan. Tiada simpati, tiada empati tiada perasaan dan hati perut dalam diri DAP sebaliknya mereka hanya tahu ini semua hanyalah drama dan sandiwara tanpa fikirkan emosi keluarga tentera yang terlibat. 

Kesimpulannya DAP terdesak dan sudah pasti orang Johor boleh mengenal mana intan dan mana yang kaca. DAP tidak berupaya membangunkan Johor. DAP hanya mampu mencipta persepsi agar rakyat membenci kerajaan. Rakyat Johor tidak seharusnya takut dan beranilah mempertahankan negeri Johor daripada terus diasak dengan agenda politik jahat yang dibawa oleh mereka.

BERPAKAIAN SEPERTI WANITA HARAM DISISI ISLAM, WAJAR DITANGKAP DAN DITARBIYAHKAN UNTUK KEMBALI KE PANGKAL JALAN



Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiago dikatakan memberi kenyataannya bahawa kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia.

Menurut Charles, beliau menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.

Ironinya, DAP seolah-olah mahu agensi-agensi agama berdiam diri dan hanya pejam mata melihat golongan ini berleluasa, malah mahu menghormati hak mereka, tidak mengatakan perbuatan mereka itu salah, bahkan terus menerus memansuhkan undang-undang bagi golongan yang berusaha untuk menyelematkan Malaysia dari perbuatan terkutuk ini.

Adakah dengan cara memansuhkan undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan trangender ini boleh menangani isu ini di Malaysia? Mampukah kita hanya mendiamkan diri demi kuasa politik?

Haram Menyerupai Bukan Sejenis

Lelaki yang sengaja menyerupai wanita atau sebaliknya dalam berpakaian, berdandan, bertingkah laku, bercakap, bergaya dan sebagainya adalah haram. Demikian juga wanita yang menyerupai lelaki. Bergaya seperti inilah tidak dibolehkan, ia menjadi larangan sekaligus dilaknat.

Apa yang berlaku pada akhir zaman ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah. Ikutan yang membuta tuli yang kononnya atas alasan penyakit ‘Gender Identity Disorder’ (GID).

Akibat lebih parah dari gejala ini adalah mereka lebih cenderung untuk melakukan hubungan intim sejenis dan akan mengancam umat Islam keseluruhnya.

POLISI KERAJAAN NEGERI PEMBANGKANG PUNCA BARANG NAIK MENDADAK



Punca kenaikan kos sara hidup tinggi di bandar-bandar besar didakwa berpunca daripada polisi kerajaan negeri diperintah pembangkang sejak 2008.

Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil berkata kenaikan kos sara hidup yang dialami terutamanya kepada masyarakat kawasan urban juga mendorong kepada peningkatan harga rumah, hartanah dan premis di Selangor dan Pulau Pinang.

“Kita kena lihat kenaikan ini berlaku secara mendadak di antara tahun 2008 ke 2011, tiga tahun mendadak, naik terus.

“Sebab apa yang berlaku dalam tiga tahun itu, ia sejajar dengan kos kenaikan harga rumah dan hartanah dan juga harga premis-premis perniagaan.

“Sebagai contoh di Selangor pada tahun 2008, bila kerajaan pakatan ambil alih, pertama dia tingkatkan hasil pendapatan kerajaan ditingkatkan pada ketika itu dan kemudian naikkan cukai-cukai yang melibatkan cukai hartanah,” katanya dalam program Ruang Bicara anjuran Bernama News Channel (BNC), pada Isnin.

Selangor dan Pulau Pinang ditawan pembangkang sejak 2008 dan pada ketika ini, Datuk Seri Azmin Ali dan Lim Guan Eng mengetuai negeri berkenaan.

Pada masa sama, Isham memberi penekannan bahawa perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada tahun 2015 tidak menaikkan kos sara hidup, sebaliknya ia berpunca daripada manipulasi mendadak nilai hartanah dan juga premis perniagaan.

“Kita kaji kenaikan kos sara hidup meningkat secara mendadak bila dan di mana ia berlaku, dan apa faktor yang mendorongnya.

“Tentulah kalau gaji kita RM2,000, kita kena bayar ansuran atau sewa rumah dan itu kos yang paling besar, bukannya benda-benda lain. Kita bayar kos rumah dulu.

“Dan kalau kita menjalankan perniagaan juga, kita menjual mee goreng, dulu saya pergi perjumpaan peniaga Cina di Bandar Utama, saya diberitahu harga RM10 untuk sepinggan mee goreng, kita bayar GST 60 sen tapi kos perniagaan premis itu lebih besar daripada itu mungkin RM2 ke RM3. Jadi ini meningkatkan harga jualan,” jelasnya.

Dakwaan Isham ini ada kebenarannya kerana kutipan hasil kerajaan Selangor banyak bergantung kepada cukai-cukai hartanah dan premis yang dikenakan tinggi dan sudah pun diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Bajet 2018 negeri itu pada November lalu.

“Ada sesetengah tempat sampai 300 peratus naik, jadi cukai ini masa zaman BN perintah cukai-cukai hartanah ini tak setinggi itu.

“Sebelum ini Menteri Besar Selangor umumkan RM3 bilon pendapatan kerajaan negeri dan 81 peratus daripada hasil datang daripada cukai yang melibatkan hartanah dan kos-kos perumahan negeri.

“Jadi ini yang telah mendorong kenaikan kos sara hidup terutamanya di bandar-bandar ini,” jelasnya.

Menurutnya lagi, pakatan pembangkang sengaja mengalihkan perhatian masyarakat dengan menyalahkan GST sebagai punca kos peningkatan kos sara hidup sedangkan peningkatan ini sebenarnya berpunca daripada dasar mereka sendiri.

“Ada orang kata sebab tahun 2008 harga minyak ketika itu minyak dunia naik sampai 120 dollar setong, tapi jika kita ingat pada bulan September 2008 kita telah menurunkan harga minyak sebanyak enam kali dalam tempoh setengah tahun. Harga minyak telah stabil pada 2009, turun balik tetapi harga rumah tetap naik

“Dan ada orang kata kos binaan tetapi pada 2009 harga kos binaan juga turun, dan ini juga bukan kos binaan, bukan minyak dan jadi apa dia sebenanrya?

“Sebenarnya kos sara hidup, kos harga rumah ini terus menaik dan terutamanya yang paling besar peningkatannya di Selangor dan Pulau Pinang. Kenaikan mendadak berlaku di antara tahun 2008 dan 2011 dan pada ketika itu GST belum pun dilaksanakan,” tegasnya.

EZAM PUKUL SAMPAI TEMPANG MAHU LAWAN NAJIB DI PEKAN




Calon yang terbaik untuk pembangkang untuk mencabar Najib di Pekan sudah tentulah seseorang yang paling kuat dan mantap untuk menumbangkan dan menumpaskan Najib nanti. Hasrat Ezam mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya umum akan datang, mendapat sokongan banyak pemimpin pakatan pembangkang Pakatan Harapan. Dan sudah pasti Ezam bukanlah calon yang sesuai untuk memberikan pukulan paling kuat kepada Najib. 

Realitinya Ezam bukanlah orang yang paling kuat untuk melawan dan melemahkan Najib. Ezam janganlah bercita-cita besar dan berhasrat untuk bertanding mencabar Najib kerana Ezam mestilah diyakini benar-benar mampu mencabar Najib. 

Pada masa sekarang, kalau Ezam mahu melawan Najib, dia kena jadi orang yang paling kuat pukul Najib sampai Najib tempang dan tumbang, kemudian barulah tak ada masalah untuk orang itu melawan Najib ataupun mana-mana parti pun. 

Ezam akan menggunakan isu rasuah dalam UMNO dalam kempennya nanti. Ezam juga mendakwa kononnya niatnya untuk menentang dan menumbangkan Najib di mana sahaja Najib bertanding. 

Kata Rafizi, pada pandangannya isu mengenai pembahagian kerusi antara parti pembangkang sebaiknya dibincangkan secara tertutup antara pemimpin parti.

"Siapa calon terbaik untuk melawan Najib, itu ialah keputusan bersama pakatan pembangkang, bukan keputusan saya atau sesiapa," katanya.

Mengenai Ezam, Rafizi berkata, tidak salah untuk tokoh itu mendedahkan segala kepincangan yang dimaksudkan sehingga Najib "goyang".

Tuesday, 26 December 2017

MAHATHIR DAN DAIM PAKSA TAN SRI TAJUDIN RAMLI BELI MAS UNTUK TAMPUNG KERUGIAN BNM ATAS PELABURAN FOREX



Tan Sri Tajuddin Ramli merupakan tokoh korporat yang hampir2 dijadikan korban atau kambing-hitam gara2 beliau menguasai saham utama MAS dan telah dilantik menerajui MAS dari tahun 1994-2001. TS Tajuddin bernasib baik kerana telah mementerai perjanjian rahsia antara beliau, Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

Kisahnya bermula pada tahun 1994 apabila TS Tajuddin Ramli mengambil pinjaman dari beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah RM1.79 bilion untuk membeli saham utama MAS 32% bersamaan RM8 seunit saham yang akhirnya kerajaan kerugian besar 7 tahun kemudian. Ketika itu MAS mempunyai antara RM600-RM800 juta di dalam bentuk rizab tunai.

TS Tajuddin dan MAS mengalami krisis kewangan yang teruk pada tahun 1997. Pada tahun 2000 sebagai langkah terakhir, kerajaan terpaksa membeli semula (bailout) saham MAS dari TS Tajuddin pada harga RM8 sesaham yang mana harganya sama ketika MAS dibeli Tajuddin 7 tahun dulu. Bezanya, MAS hampir bangkrap!.

MAS telah kerugian RM256 juta pada tahun fiskal berakhir 1998 dan menjelang hujung tahun fiskal 2000, ia telah kerugian RM255.7 juta lagi. Apabila kerajaan membeli semula saham MAS dari TS Tajuddin, harga sesaham MAS ketika itu hanyalah RM3.68!!!.

Pembelian saham MAS oleh kerajaan pada harga RM8 seunit saham bernilai RM1.8 bilion adalah disama ertikan dengan 'bailout'! memandangkan saham semasa hanyalah RM3.68 seunit saham. Sejak tahun 1994 hingga tahun 2000 kerugian MAS secara keseluruhan dianggarkan sebanyak RM20 bilion duit pembayar cukai.

Pada 11hb Mei 2006 Danaharta dan Danaharta Urus serta Danaharta Managers syarikat GLC pengurusan aset negara, menyaman TS Tajudin bagi menuntut pembayaran baki hutang RM598 juta kepada pinjaman RM1.79 bilion yang belum dijelaskan lagi.

Sebelum itu pada 31hb Disember 2005 melalui surat guaman, TS Tajudin dituntut bayar kepada Pengurusan Danaharta dan 2 anak syarikatnya jumlah asas pinjaman sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah 2% di atas kadar pinjaman asas Malayan Banking dibayar pada 1hb Januari 2006 sehingga selesai semuanya.

Kegagalan TS Tajuddin membayar hutangnya menyebabkan Danaharta mengambil keputusan menjual Technology Reources Industries Bhd (TRI). Telekom Malaysia (TM) membeli kepentingan Tajuddin dalam TRI daripada Danaharta melibatkan 260.87 juta saham TRI atau 13.14% dibuat melalui anak syarikat milik penuh TM, Telekom Enterprise Sdn. Bhd. (TESB) secara tunai dengan harga RM717 juta atau RM2.75 sesaham. Sebelum ini TRI menguasai Celcom (Malaysia), syarikat perkhidmatan telekomunikasi selular ke 2 terbesar di Malaysia. Danaharta juga hendak menjual 44.84 % (309.65 juta) saham milik TS Tajuddin dalam NALURI yang memiliki 4.57% dalam TRI secara tender kerana gagal membayar RM130.44 juta.

Ekoran itu pada 29hb Jun 2006 TS Tajuddin failkan SAMAN BALAS melalui peguam Lim Kian Leong & Company menuntut RM6.25 bilion daripada TM dan 12 lagi defendan berhubung penjualan saham TRI oleh Danaharta. Beliau juga menuntut ganti rugi RM7.2 bilion daripada kesemua 24 defendan.

Kes ini dikategorikan berprofail tinggi kerana melibatkan 2 personaliti besar dan 2 institusi penting negara, iaitu,

1. Tun Daim Zainuddin 
Bekas Menteri Kewangan 
2. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri
3. Bank Negara Malaysia (BNM)
4. MAS 
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Antara alasan TS Tajuddin kemukakan saman balas ialah pada 1994 beliau diarah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin agar membeli saham MAS sebagai satu 'KHIDMAT NEGARA' bagi membantu Bank Negara Malaysia (BNM) mengatasi kerugian tukaran asing (Forex) pada tahun 1992.

Kerajaan telah kehilangan RM30 bilion kesan dari kegagalan ‘permainan’ matawang asing (FOREX). Oleh itu, penjualan saham MAS adalah sebagai langkah perlu bagi kerajaan mencari keuntungan yang besar apabila operasi MAS berhasil.

Persoalan: Kenapa TS Tajuddin menyaman balas?

Di dalam Affidavit bertarikh 29 Jun 2006 TS Tajuddin mendakwa kerajaan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir telah memungkiri peruntukan yang memberi perlindungan mutlak kepada beliau di dalam satu perjanjian sulit yang dipanggil 'OVERRIDING AGREEMENT' yang ditandatangani di belakang tabir di antara i. Pihak beliau (TS Tajuddin Ramli), ii. Tun Dr. Mahathir dan iii. Tun Daim Zainuddin yang masing2 pada ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Perjanjian itu berkaitan dengan pembelian 32% saham MAS oleh TS Tajuddin dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Intisari OVERRIDING AGREEMENT tersebut ialah dengannya TS Tajuddin mendapat jaminan bahawa beliau bebas dari memikul apa jua liabiliti termasuk kerugian kewangan sekiranya berlaku perkara yang negatif ke atas MAS yang saham telah dibeli oleh TS Tajuddin atas ARAHAN Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Atas JAMINAN ini TS Tajuddin telah mengambil pinjaman peribadi bagi membayar harga pembelian saham MAS pada RM8 seunit saham bernilai RM1.8 bilion.

Akan TETAPI janji ini telah tidak ditepati oleh kerajaan. Apabila kerajaan membeli balik 32% saham MAS itu daripada TS Tajuddin dalam tahun 2001, beliau dibiar menanggung pelbagai LIABILITI sehingga disaman oleh syarikat GLC Danaharta dan terpaksa menjual syarikat milik beliau pada 'Force Sale Price'.

Pada 15hb Februari 2012 satu penyelesaian di luar mahkamah telah dicapai oleh ke dua2 pihak yang terbabit. Terdapat catatan penyelesaian rahsia oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC. TS Tajuddin Ramli tidak perlu lagi membayar RM589 juta hutang kepada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

Penyelesaian tersebut dicapai apabila TS Tajuddin bersetuju menarik balik rayuannya yang bertarikh 7hb Disember 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Terdapat 3 perkara yang timbul apabila i. MAS mengalami kerugian dan apabila ii. TS Tajuddin berjaya mengemukakan SAMAN BALAS, iaitu;

1. Keputusan kerajaan membeli semula saham MAS pada RM8 sesaham adalah satu proses 'bailout' kerana harga pasarannya hanya RM3.68 sesaham.

2. Penyelesaian2 yang dilakukan di luar mahkamah mengakibatkan RM589,143,205.57 hutang yang terpaksa dipadam dari rekod kerajaan begitu sahaja.

3. Penganalisa saham dan pakar ekonomi berpendapat, kerugian akibat kegagalan operasi MAS antara tahun 1994 dan 2000 mencecah nilai kerugian RM20 bilion wang pembayar cukai!.

Persoalan: Siapakah penasihat Tun Mahathir pada tahun 1994?. Kerana pada masa itu MAS merupakan syarikat penerbangan yang mempunyai rizab tunai ratusan juta ringgit dan sedang menikmati keuntungan dalam operasinya!.

Siapa mencadangkan saham MAS dijual demi menutup kerugian RM30 bilion hasil dari operasi matawang asing (FOREX) yang gagal?. Akhirnya menyebabkan kerugian bertambah lagi RM20 bilion kepada negara dan memufliskan MAS!.

Kenapa puak2 pro-Tun, puak2 ANC dan puak2 pembangkang begitu ghairah membenci Perdana Menteri DS Najib dengan menuntut beliau meletak jawatan atas isu 1MDB!!?. Kenapa pilih kasih? Adakah 1MDB satu masalah besar negara?. Adakah pernah terbukti di mahkamah, 1MDB satu liabiliti kepada negara?.

BARISAN NASIONAL DIJANGKA MENANG BESAR PADA PRU14 SEBANYAK 170 KERUSI




MOMENTUM semasa sokongan rakyat, termasuk sekurang-kurangnya 30 peratus pengundi Cina terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak, memungkinkan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO memenangi sekurang-kurangnya 150 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jika menjadi kenyataan, ia bakal menyaksikan BN kembali meraih kemenangan majoriti dua pertiga seperti PRU-11 pada 2004.

Penganalisis politik, Prof Dr Hoo Ke Ping, berkata untuk lebih selesa, kerjasama UMNO dan PAS perlu diterjemahkan pada PRU akan datang, walaupun perkara itu sering disanggah pelbagai pihak khususnya pimpinan tertinggi PAS.

“Kerjasama tidak rasmi dan ‘tanpa rekod’ antara UMNO dan PAS sejak empat tahun lalu bakal mewujudkan peluang kemenangan sekurang-kurangnya di 120 kerusi Parlimen.

“Ia mungkin berlaku, walaupun pakatan pembangkang menampilkan pelbagai cara, termasuk taktik kotor dan kejutan yang dimomokkan pemimpin DAP.

“Dengan kerjasama dua parti Melayu itu, lebih 50 peratus daripada 130 kerusi Melayu boleh ditawan, walaupun di kawasan berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih, sekali gus memperlihatkan PAS menjadi faktor terpenting pada PRU akan datang,” katanya.

Jamin lebih 170 kerusi Parlimen

Menerusi kerjasama UMNO dan PAS, katanya, BN dijangka mampu menjamin lebih 170 kerusi Parlimen. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya UMNO, PAS dijangka menawan 120 kerusi Parlimen di Semenanjung, selain 25 kerusi di Sarawak, Sabah (6), MCA/GERAKAN (20) dan MIC (6).

“Sejarah keputusan PRU-13 yang menyaksikan BN hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen, termasuk 88 kerusi milik UMNO tidak mungkin berulang.

“Saya yakin keputusan akan lebih baik jika mengambil kira pelbagai faktor khususnya PAS tidak lagi bekerjasama dengan gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP, selain faktor pengundi Cina yang kembali menyokong BN,” katanya.

Sabtu lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, mengingatkan UMNO supaya tidak mudah selesa jika berdepan pertembungan tiga penjuru atau lebih pada PRU akan datang.

Parti perlu bersedia

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu dilaporkan berkata, parti juga perlu bersedia berdepan taktik kejutan serangan pada saat akhir (SLMA) pembangkang.

Kali terakhir BN memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga pada 2004 dan gagal mempertahankannya pada 2008 dan 2013.

Ke Ping berkata, peringatan Timbalan Perdana Menteri itu lebih menjurus kepada motivasi untuk jentera pilihan raya bersiap sedia, sekali gus mengelak petugas di akar umbi berada dalam zon selesa.

Katanya, kerjasama dengan PAS akan memastikan kawasan itu tidak jatuh ke tangan pakatan DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara.

“Jika dilihat pada sejarah PRU 1999, tidak sampai 50 peratus kawasan menyaksikan pengundi Melayu menolak UMNO. UMNO akan tetap menang sekurang-kurangnya 95 kerusi, walaupun tanpa kerjasama dengan PAS.

“Berdasarkan hampir 60 peratus pengundi Cina kembali menyokong BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, di samping 20 hingga 30 peratus di lima Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, BN dijangka menang besar walaupun pembangkang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),”






MAHATHIR HANYA MENJADI MANGSA DAP, TIDAK MEMBERI SEBARANG PERUBAHAN BESAR DALAM GEOPOLITIK NEGARA



Pakatan Harapan yang diketuai DAP telah meletakkan Mahathir di barisan depan dalam medan perang yang mereka cipta pada PRU-14 akan datang. Apa yang mereka mahukan? 

Manakala calon Perdana Menteri juga DAP dan PH menamakan Mahathir. Mengapa ini terjadi?

Pakatan Harapan tidak yakin dengan Azmin Ali, Lim Guan Eng mahupun Rafizi Ramli yang boleh menumbangkan UMNO. Mereka yakin Mahathir lah orangnya yang mampu memecah undi Melayu. 

Zaman Reformasi sudah berlalu. Nama Anwar Ibrahim sudah ditenggelamkan oleh tirai besi Penjara Sungai Buloh. Anwar Ibrahim bukan calon populis untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini.

Kapal Pakatan Harapan seakan-akan sudah terlajak jauh. Ada usaha untuk mengembalikan kedudukan Anwar tetapi di sisi Dr. Mahathir sentiasa ada DAP yang membentengi beliau. Dr. Mahathir pula sanggup berbuat apa sahaja termasuk terbaharu mengiktiraf Anwar sebagai tahanan politik bagi mematikan langkah saki-baki pengecamnya dalam gabungan pakatan itu.

Nama Tan Sri Muhyiddin Yassin juga terus tenggelam. Yang menjadi magnet kepada PPBM mahupun Pakatan Harapan ialah Dr. Mahathir. Peranan Muhyiddin tidak lebih untuk tujuan formaliti sahaja.

Kita pun ternanti-nanti apa akan berlaku dalam mesyuarat agung PPBM yang dijadual pada 30 Disember ini. Yang kita tahu parti itu sedang berhadapan dengan banyak masalah dalaman khususnya di peringkat akar umbi.

Banyak program parti ini dicemari provokasi selain kekecohan dan kacau-bilau. Di sana sini ahli-ahli menyatakan rasa tidak puas hati. Masalah kepemimpinan dan kronisme paling banyak dibangkitkan.

PPBM mempertaruhkan risiko besar pada mesyuarat agung itu yang terpaksa mereka adakan bagi memenuhi desakan akar umbi dan Perlembagaan PPBM sendiri. Kita sama-sama lihat kesudahannya mesyuarat agung tahunan pertama parti ini yang bakal dihadiri oleh 990 perwakilan daripada 137 bahagian.

Masa depan PPBM dan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri akan ditentukan dalam mesyuarat agung itu. Mesyuarat ini akan menentukan kewibawaan dan kualiti sebenar bekas-bekas pemimpin UMNO itu.

JUTAWAN KOSMETIK ABANG TERLAJAK LARIS ALIFF SHUKRI HIDUP PERIT DAN DERITA KOS SARA HIDUP TINGGI!!. CUBA TENGOK RUMAH, RUMAH DAHLAH BANGLO, PAKAI BARANG BERJENAMA, ADA HATI CAKAP KOS SARA HIDUP TINGGI




Kini jutawan kosmetik abang terlajak laris Aliff Shukri telah berkongsi sekeping gambar beliau sekeluarga makan dengan cara yang sederhana dengan kenyataan bahawa zaman dahulu beli barang murah berbanding sekarang. Malah kenyataan abang terlajak laris ini lagi makan tak banyak sehari dua kali sahaja, dulu selalu beli barang dapur RM 500 cukup sebulan di Econsave atau pasar tani tetapi sekarang harga barang sekarang sudah semakin mahal. 

Kalau jutawan kosmetik sudah pasti menerima keuntungan hasil jualan kosmetik sehinggakan boleh mencecah ribuan ringgit, jadi mengapa jutawan kosmetik abang terlajak laris ini perlu risaukan tentang kenaikan harga barang? Sudah pasti dia mampu membelanjakan mengikut kemahuannya. 

Jutawan kosmetik abang terlajak laris ini kalua bab barang seperti beg tangan mewah, kereta mewah tidak berkira tapi kalua bab makan, kos sara hidup lah berkira. Bila bab makan abang terlajak laris kedekut tetapi bila bab beli perhiasan, beg tangan beriban. Kalau orang kaya pun kata mahal, apa lagi kami orang biasa-biasa, apa-apapun, datuk selalu tunjuk barang ratusan ribu, rumah puluhan juta, tapi bab makan kedekut, berkira. 

Kita terfikir juga berapa ramai individu kelompok yang miskin tegar tidak mampu membeli barangan mewah sebagaimana abang terlajak laris Aliff Shukri membeli beg tangan mewah, kereta mewah dan lain-lain lagi. 

Kesimpulannya abang terlajak laris seperti Aliff Shukri bukannya terlalu terkesan dengan kenaikan harga barang tetapi lebih melihat kepada tekanan yang sedang dihadapi oleh kebanyakan marhaen.

Friday, 22 December 2017

ANAK MUDA TIDAK PERCAYA PADA PAKATAN PEMBANGKANG

ORANG MUDA TIADA TEMPAT DALAM PH

Sikap pemimpin yang rakus kuasa antara punca golongan belia menjarakkan diri daripada politik, khususnya dalam Pakatan Harapan (PH) kerana parti ini hanya sibuk berpolitik dan tidak pernah melihat dengan lebih mendalam apa yang dimahukan generasi muda.

Pemimpin PH apabila berjawatan tinggi dilihat tidak berminat mendengar suara anak muda, bahkan menggunakan kuasa untuk mengugut atau mengambil tindakan terhadap anak muda yang dianggap menggugat kedudukannya.Kita tahu pembangkang sendiri memang banyak berdakyah tetapi idea-idea anak muda sekarang ini kurang didengari mereka.

Budaya organisasi politik PH turut menyumbang kepada tanggapan negatif anak muda di mana susah untuk anak muda diberi peluang untuk berada dalam kepimpinan tertinggi parti politik kerana sudah menjadi budaya untuk mendahulukan pemimpin lama.

Contoh terbaik, pucuk pimpinan atas PH dipelopori orang-orang lama dalam politik dan muka baru dari generasi baru tidak diberi ruang. Malah calon perdana menteri PH juga difahamkan mahu mencalonkan semula Tun Dr Mahathir. Mana calon pemimpin muda? Adakah sudah pupus dalam PH!

Pendek kata, generasi muda sudah mula muak dengan sikap sesetengah pemimpin dalam PH di mana sikap itu boleh dilihat pada rata-rata pemimpin PH yang enggan melepaskan jawatan walaupun sudah mencecah usia 60 tahun. Generasi muda juga sudah tidak pedulikan politik dan tidak percayakan kepada perjuangan PH.





KARTEL AZMIN ALI YANG PERLU DIKALAHKAN PADA PRU-14


Parti Amanah Negara (pemikir maya FB/6 orang) mahu berperang dengan kem Azmin Ali agaknya, apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Azmin Ali mempunyai pendokong kuat di belakangnya.

Mereka menyenaraikan enam orang kuat itu dan menggelarkan mereka adalah ‘Kumpulan Kartel’ daripada PKR yang perlu dikalahkan pada PRU 14 akan datang.

Keenam-enam ‘Kumpulan Kartel’ itu adalah Datuk Seri Mohamad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR/ Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa), Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR/ Parlimen Ampang), Dr Xavier Jayakumar (Naib Presiden PKR/ ADUN Sri Andalas), Amirudin Shaari ( Setiausaha PKR Selangor/ADUN Batu Caves), Sivarasa Rasiah ( Ahli Biro Politik PKR/Parlimen Subang) dan Elizabeth Wong (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR/ADUN Bukit Lanjan).

Mereka beranggapan jika sesiapa sahaja yang dapat mengalahkan 'enam jahanam' ini maka keseluruhan PKR turut akan kalah dan berselerak.

Mereka juga mencadangkan agar AMANAH dan PPBM bertanding ditempat pemimpin-pemimpin PKR ini dan juga yang lain. Mereka tidak kisah jika kawasan yang ditandingi dalam kedudukan 3 atau 4 penjuru pada PRU nanti.

Salah seorang dari mereka menganggap ‘Kumpulan Kartel’ tersebut hanya dikawal oleh dua individu sahaja, iaitu Azmin dan Zuraida. Manakala yang selebihnya hanya dicucuk pengikut tegar mereka sahaja.

Mereka tidak kisah sekiranya pemimpin PKR yang lain menang dalam PRU akan datang kerana bila Anwar Ibrahim dibebaskan dari tahanan kelak PKR akan dikawal semula oleh Ketua Umum PKR itu. Mereka tidak boleh bertindak tanpa persetujuan Anwar Ibrahim dan segala perancangan akan terbantut.

Inilah juga perancangan DAP selama ini yang telah lama menyimpan hasrat untuk menjatuhkan Azmin Ali yang tidak mesra DAP dan kaum Cina dalam pemerintahannya.

Semoga berjaya !!!

TERIMA KASIH DIVA MELETOP AZMIN ALI BANTU SPRM BONGKAR RAHSIA AZMIN. HIDUP AZMI BERSAMA-SAMA UMNO!!!




Diva Meletop dan terkenal Azwan Ali dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan ahli keluarganya. Perkara ini telah pun disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki. 

Azwan Ali turut dilaporkan bertemu dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. Dalam pertemuan itu Diva Meletop Azwan Ali telah melahirkan hasrat untuk membuat aduan berhubung dengan dakwaan salah laku rasuah yang membabitkan ahli keluarganya. 

Diva Meletop dan terkenal Azwan Ali akan membongkar segala rahsia berkaitan dengan Azmin Ali. Azwan melakukan semua ini bukan sebab mendapat dedak dan barua UMNO. Selama ini Diva AA ini telah melakukan terlalu banyak pengorbanan terhadap abangnya Azmin Ali, tetapi segala jasa pengorbanannya selama ini langsung tidak dihargai. 

Azmin Ali ingat dirinya besar kerana sudah menjadi Menteri Besar sehinggakan lupa siapa dirinya sebenar. Dendam Meletop Azwan Ali ini semakin meluap-luap apatah lagi Diva Azwan Meletop hilang kerja dengan RTM kerana menyokong Azmin sebelum ini. Bagi Diva Meletop Azwan Ali, beliau tidak kisah dengan kata-kata orang sekeliling yang mengata dan bercakap dirinya barua UMNO kerana niat Azwan baik mahu menegakkan kebenaran. 

Kesimpulannya Azwan Ali adalah contoh Diva Meletop yang akan  menjadi ikon baru Barisan Nasional yang akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional dan seterusnya memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional dan pucuk pimpinan parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

BAGI MENGHALALKAN PENAHANAN ISA KE ATAS ANWAR, MAHATHIR KATA ANWAR TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN DALAM NEGARA INI




Bila dilihat seruan Mahathir untuk memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim, desakan itu memperlihatkan Pakatan Harapan sebenarnya tiada modal untuk berkempen dalam pilihanraya akan datang.

Pada 1997 semasa kes liwat dan salah laku Anwar sedang hangat di siasat dan diperkatakan, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak boleh jadi pemimpin kepada rakyat Malaysia. Ditahan ISA dan sehingga mata lebam, Mahathir masa itu memang tiada sifat belas kasihan.

Itu memang kami setuju, kerana pada masa itu Anwar adalah pengkhianat dan tindak tanduknya menggambarkan dirinya pro Yahudi. Nasib baik Malaysia tidak meminjam wang dari tabung IMF, kalau tidak 7 keturunan kita akan menanggung hutang tersebut.

Tapi bila Mahathir ingin menggunakan kuasa rakyat dan saluran yang salah bagi membebaskan Anwar dari tahanan lebih awal dari tempoh yang sebenar, ia cukup menjijikkan. Jijik kerana cuba menafikan bahawa Anwar adalah pesalah liwat yang dilarang di dalam agama Islam dan menyalahi undang-undang serta tabi'i manusia yang normal.

Keduanya dapat kita saksikan jika Anwar dibebaskan awal, cita-cita Mahathir untuk memastikan anak dan kroninya berjaya dalam arena politik tanahair akan menjadi realiti.

Buat masa ini, Mahathir sendiri tidak yakin dengan dirinya untuk membawa Pakatan Harapan menjadi lebih baik dan disokong rakyat. Mahathir merupakan 'pembawa bala besar' kepada pakatan pembangkang kerana dirinya sudah tidak lagi berharga (tiada nilai) dalam arena politik negara.

Apa yang Mahathir tahu adalah memfitnah dan terus memfitnah. Sedikitpun kita tidak pernah dengar dalam ceramah umum mengatakan Pakatan Harapan atau partinya PPBM mahu membantu rakyat. Paling tidak disangka ahli akar umbi telah melabel PPBM sebagai parti yang kedekut dan mengamalkan kronisme dalam setiap hal.

PAN GHAIRAH SERANG PAS KELANTAN, TAK SEDAR DIRI PAN SEMAKIN LEMAH




PAN semakin tak sedar diri kononnya mereka yakin mampu merampas dan merampas Kelantan yang kini berada dalam genggaman PAS Kelantan. Menurut Pesuruhjaya PAS, Sallehen Mukhyi berkata hasil kajian Institusi Kajian Darul Ehsan (IDE), menunjukkan hanya satu peratus rakyat yang menyokong PAN. 

PAN kononnya sebelum ini mendakwa mahu merampas kerusi-kerusi milik PAS Kelantan tetapi ini tidak lebih hanyalah sekadar kenyataan dan retorik politik semata-mata. PAN bercakap dan membuat kenyataan tanpa membuat kajian yang menyeluruh, PAN seharusnya sedar mereka hanyalah penumpang dalam pakatan pembangkang Pakatan Harapan.

Ini membuktikan PAN memang tiada pengaruh dan inilah yang membuatkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP terhadap kemampuan dan kebolehan PAN ini. PAS pula dilihat semakin mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada orang Melayu, orang Cina dan India. Keadaan seperti inilah yang memberikan tamparan hebat dan kerisauan yang hebat kepada parti rekaan ciptaan DAP siapa lagi kalau bukan PAN. PAN gagal menarik dan meraih sokongan dan undian Melayu untuk menyokong DAP. 

Kesimpulannya PAN tiada pengaruh politik untuk menarik undian dan sokongan orang Melayu Islam. PAN bakal berkubur tidak lama lagi. Tiada guna PAN serang PAS, kerana pengaruh PAS jauh lebih hebat dan mantap dalam mendapatkan undian dan sokongan rakyat Kelantan. BERKUBURLAH PAN UNTUK SELAMA-LAMANYA!!!

PEMIMPIN AMANAH PERKECILKAN KEMAMPUAN PAS

REAKSI PEMIMPIN AMANAH TERHADAP PARTI PAS

PAS bakal mencipta sejarah tersendiri apabila mahu meletakkan calonnya bertanding di lebih 130 kerusi parlimen seluruh negara pada PRU14 pada kali ini. Pendirian itu dinyatakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Parti Amanah pimpinan Mat Sabu juga tiada halangan jika PAS mahu bertanding lebih 130 kerusi parlimen di seluruh negara pada PRU14. Ini kerana Amanah menyifatkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang semakin goyah, tidak tetap dan bercelaru.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ia adalah hak parti Islam itu untuk bertanding di mana-mana kerusi yang diimpikan mereka. Biarlah mereka tanding berapa kerusi sekalipun, kita serah kepada rakyat untuk buat pilihan pada PRU14 nanti. 

Walaupun setiap parti dalam Pakatan Harapan bertanding tidak banyak kerusi, tetapi Pakatan Harapan akan menang banyak untuk membentuk kerajaan. (Kenyataan ini dibuat bagi menyedapkan hatinya!)

Pada hujung November lalu, Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, beliau sendiri tidak lagi jelas dengan matlamat PAS apabila parti itu seolah-olah keliru dan tidak pasti untuk berpihak, sama ada pembangkang atau kerajaan. 

Yang pasti, PAS kini mengamalkan perjuangan yang bertentangan dengan sistem demokrasi berparlimen di negara ini. Amanah sebenarnya tahu bahawa PAS tidak membawa sebarang ancaman kepada Amanah!

Thursday, 21 December 2017

PAN DAN PPBM DIPERSIMPANGAN MENGEJAR CITA-CITA DAN KUASA



Nampaknya kemelut pembahagian kerusi di dalam kem Pakatan Harapan masih belum selesai lagi di penghujung bulan Disember ini. Pemimpin Kanan PH juga risau dengan keadaan ini kerana mereka saling tidak mahu mengalah dengan jumlah kerusi dan tempat yang sesuai untuk mereka bertanding.

Oleh itu parti serpihan dan parti tajaan serta parti yang baru menyertai PH masih di dalam keadaan tidak selamat bagi menghadapi PRU-14 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

PPBM masih mencari-cari tarikh yang sesuai untuk mengadakan AGM mereka sebagaimana yang dituntut oleh pihak ROS. PPBM dikatakan berjanji untuk mengadakan AGM tersebut selewat-lewatnya pada Disember ini. Namun dengan keadaan musim cuti sekolah dan musim cuti perayaan Krismas nampaknya AGM tersebut hanya tinggal harapan.

PAN pula pada masa ini sibuk mahu melobi tempat strategi yang boleh menang walaupun kita tahu dari sudut kewangan dan calon mereka memang ketandusan.

Mereka mengharapkan percaturan DAP yang bakal mengatur strategi buat mereka bagi mendapatkan undi Melayu. Cita-cita mereka yang mahu mengalahkan PAS dan memecahkan undi BN amat mustahil kerana jumlah keahlian parti ciptaan DAP itu tidak sampai pun 50K.

Jadi apa yang perlu mereka buat adalah dengar cakap DAP dan terus berusaha untuk memporak perandakan negara. Kemudian tunggu habuan untuk mereka mejelang PRU-14 nanti.

TANYA TAN SRI MUHYIDDIN : KENAPA GADAI TANAH JOHOR KEPADA SINGAPURA SEWAKTU JADI MENTERI BESAR?


■ Public Utilities Board (PUB) iaitu Lembaga Awam Air Singapura membina Empangan Linggi pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman TS Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor. Ianya melibatkan tanah seluas 21,600 hektar (53373.6 ekar) untuk dijadikan kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik meter padu.

■ Kawasan yang begitu luas diberi kepada syarikat dari Singapura. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara. Empangan ini melibatkan 3 daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalam koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan.

■ Sejauh manakah jumlah hasil balak yang telah dikeluarkan?. Dan berapa nilainya tidak pernah diwartakan. Hasil balak tersebut amat bernilai kepada pembangunan negeri Johor dan amat bermanfaat kepada rakyat negeri.

■ Melalui Akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim, veteran UMNO Johor yang juga bekas pegawai kanan polis, beliau mendedahkan kes pengkhianatan dan salah laku TSMY kepada rakyat Johor sewaktu menjadi Menteri Besar Johor. TSMY adalah Menteri Besar Johor ke 13 berkuatkuasa dari 12hb Ogos 1986 sehingga 13hb May 1995.

■ Pada tahun 1988, kerajaan Johor di bawah TSMY telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 21,600 hektar (53,373.6 ekar) kepada kerajaan Singapura.

■ Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta. Sekiranya empangan yang dibina setinggi 193 meter pecah atau dipecahkan, seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara akan tenggelam.

■ Singapura menggunakan tanah tersebut untuk membina Empangan bagi membekalkan air kepada Singapura. Empangan tersebut telah menjadi wilayah 'autonomi' yang dikawal ketat dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya.

■ Status cukai tahunan ke atas tanah tersebut dan hasil jualan kayu balak yang bernilai BERBILION2 RINGGIT tidak diketahui kesudahannya.
■ Persoalan: Kenapa kerajaan negeri Johor perlu anugerahkan tanah yang begitu luas kepada syarikat dari Singapura?. Walhal loji Public Utilities Board Singapura (PUB) telah wujud puluhan tahun di Skudai, Tebrau, Ulu Choh dan Gunung Pulai?.

■ Siapa petualang dan penderhaka sebenar negara?. Mereka inilah Bughah yang seharusnya diperangi. Mereka jual negara, menjadi tali barut asing (singapura) dan telah bersubahat jahanamkan negara sendiri!

KETELUSAN MENTERI BESAR SELANGOR, AZMIN ALI DIRAGUI DALAM HAL PEMBERIAN KONTRAK KEPADA SEBUAH NGO UNTUK ANJUR FESTIVAL BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU NUSANSTARA 2017

PEMBERIAN KONTRAK DIRAGUI

Ketelusan dan integriti Kerajaan PKR Se­langor di bawah kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipersoal apabila didakwa memberikan kontrak secara langsung bernilai RM1 juta kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sebalik penganjuran Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara 2017 yang berlangsung di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah di sini pada 7 hingga 10 Disember lalu.

Pemberian kontrak tersebut dilihat amat meragukan lebih-le­bih lagi NGO terbabit yang dikenali sebagai PESAKA itu dikatakan bukanlah benar-benar sebuah NGO kebudayaan. Sebaliknya, PESA­KA itu dakwanya adalah sebuah syarikat yang berstatus sendirian berhad. Malah, lebih menarik lagi apabila nama pengarah dan pemegang saham syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2 itu difahamkan adalah milik kurator utama festival berkenaan yang dikenali sebagai Eddin Khoo.

Selanjutnya, adakah wang penganjuran fes­tival ini dibayar kepada PESAKA sebagai NGO atau syarikat sendirian berhad? Kemusykilan yang memeningkan inilah yang mesti diberi penjelasan oleh kerajaan ne­geri. Selain itu, pemberian kontrak ini juga diragui kerana ia diberi secara terus dan persoalannya di sini adakah entiti itu benar-benar memenuhi kriteria atau amalan serta tatacara kewangan sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Di samping itu juga, penganjuran festival berkenaan turut gagal apabila difahamkan tidak mendapat sambutan daripada orang ramai meskipun sebanyak 30 program dikatakan telah diatur sepanjang tempoh penganjurannya.Hal ini telah melihatkan ba­gaimana penganjuran festival ini dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Jesteru, Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor perlu menjawab isu ini kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan pemberian kontrak ini dan mungkin wujud unsur kronism di dalam urusan ini.







JAWAPAN KEPADA 27 FITNAH PEMBANGKANG BAHAWA SEMUA TELAH DIJUAL KEPADA CHINA

INI ADALAHA JAWAPAN KEPADA 27 FITNAH PEMBANGKANG BAHAWA SEMUA TELAH DIJUAL KEPADA CHINA

Istilah Jual Negara Hanya Mainan Persepsi Pembangkang


1. MALACCA GATEWAY - BUKAN milik China
 Kejuruteraan Asas Jaya Development KAJD (51%) &. Power-China International Group Limited (49%).

KAJD ialah syarikat tempatan yg dikorporatkan di Malaysia pada 2001

2. JOHOR ISKANDAR  - BUKAN milik China
ia adalah projek kerajaan johor yg menjual plot hartanah
 china RM26 billion, singapura RM20 billion, US, Jepun, Spain, Korea Selatan

3. FOREST CITY - BUKAN milik China
projek kerajaan johor yg menjual unit hartanah; leasehold utk landed property dan freehold utk strata title

4. CAREY ISLAND - TIADA kaitan dgn China.. tapi India
Syarikat India, Adani Ports, dan syarikat Malaysia MMC Port Holdings (milik Syed Mukhtar Bukhari) dan Sime Darby Property.

5. EAST COST RAIL LINK - BUKAN milik China
ia dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan Malaysia dgn pembiayaan drpd Exim bank drpd China

6. BANDAR MALAYSIA - BUKAN milik China
dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui TRX City Sdn Bhd

7. HIGH SPEED RAIL HSR - BUKAN milik China
Pemilik tender ialah kerajaan Malaysia dan Singapura. Pemenang tender belum diumumkan

8. IMPRESSION MALACCA - BUKAN milik China
Dimiliki oleh syarikat tempatan Yong Tai Berhad

9. EDRA ENERGY - Dimiliki oleh Syarikat China
menang melalui tender antarabangsa.. berjaya menjimatkan TNB dgn memperkenalkan tariff yg lebih kompetitif berbanding tariff zaman IPP kroni2 Mahathir

10. SUTERA HARBOR - Dimiliki oleh syarikat China
Ia adalah urusniaga jual beli saham syarikat swasta oleh syarikat swasta yg tak melibatkan mana2 kerajaan. GSH ialah syarikat hartanah China yg dilisted di pasaran saham Singapura SGX

11. BIRDS NESTS - BUKAN milik China
syarikat tempatan export sarang burung kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat sarang burung. Tiada sebarang  tanah yg tergadai kpd China.

12.  DURIANS - BUKAN milik China
syarikat tempatan export Durian kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat Durian. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

13. TOURISM - BUKAN milik Cmilik
penduduk China datang melancong ke Malaysia.. tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

14. AQUACULTURE - China
syarikat tempatan export produk2 aquaculture kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat produk2 aquaculture. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

15. PALM OIL - China
syarikat tempatan export kelapa sawit kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat kelapa sawit. Tiada sebarang tanah yg tergadai kpd China.

16. NAVAL PATROL BOAT
Malaysia beli patrol boat drpd China. Malaysia juga beli kapal selam drpd perancis, jet drpd U.S. dan Russia, kapal drpd UK. tak ada sebarang tanah yg tergadai kpd China

17. FELDA FGV - BUKAN milik China
dimiliki oleh Felda, tabung haji, KWAP, Koperasi Felda, krjaan pahang. 89% Malaysia 11% org luar

18. ALIBABA DFTZ REGIONAL  HUB - mmg asal milik China
Projek ini sebenarnya kita rampas drpd Singapura. DFTZ dijangka akan gandakan export Malaysia. Alibaba mmg asalnya milik China dan tak pernah jd milik Malaysia.. jd tak ada isu tergadai

19. PROTON - BUKAN milik China
Proton ialah milik Syed Mukhtar Bukhari 51% dan Geely 49%. Rkyat Malaysia sudah lama memilih Perodua sebagai kenderaan mereka dgn jualan Perodua 200 ribu dan Proton hanya 70 ribu pada 2016

20. SHELL
 Shell tak pernah jadi milik Malaysia pon.. Malaysia tak pernah memiliki Shell.. penukaran hak milik tidak melibatkan kerajaan Malaysia dan tiada sebarang tanah yg tergadai.

21. KEDAH INTEGRATED FISHERIES TERMINAL - BUKAN milik China
Pelaburan China tak menjadi.. akan cari pelabur lain

22. KUANTAN MSIA-CHINA IND PARK - BUKAN milik China
Kuantan Pahang Holding menguasai 51% MCKIP dan Guangxi memiliki 49%. ini adalah projek twin cities dimana Kuantan memiliki bandar kembarnya CMQIP di Guangxi, China

23. KEDAH RUBBER CITY
Mukhriz yg mulakan projek rubber city dgn China. Kalau salah, takkanlah Mukhriz nk mulakan kerjasama dgn China. China dijangka akan melabur RM10 billion dan akan menaikkan harga getah tempatan

24. NAVY NAVAL 50 VESSELS GRADE
Bukan 50 tapi hanya 10. Malaysia beli patrol vessel drpd China. Malaysia juga beli kapal selam drpd perancis, jet drpd U.S. dan Russia, kapal drpd UK. tak ada sebarang tanah yg tergadai kpd China

25. ROYAL MULU SWAK - BUKAN dimiliki China
masih dimiliki kerajaan sarawak

26. LUMUT MARITIME TERMINAL PERAK - BUKAN dimiliki China
dimiliki oleh Perak Corp Berhad dan Tenaga Nasional Bhd

27. ALOR GAJAH POWER PLANT
dimiliki oleh Edra

Ini adalah jawapan-jawapan fitnah pembangkang yang menyebut aset dan negara sudah dijual. Dengan terungkainya jawapan dan fakta ini jelas sekali tiada istilah "JUAL NEGARA" seperti mana yang dimainkan pihak pembangkang terhadap negara. Apa yang jelas mereka hanya mahu mengelirukan rakyat dan memburukkan negara!

ADAKAH MAHATHIR TAHU MAKSUD SEBENAR APA YANG TELAH DIUNGKAPKANNYA ITU?



Adakah Mahathir hanya terikut-ikut atau merujuk kepada ungkapan yang selalu keluar dari ustaz-ustaz PAN yang selalu berceramah bersamanya?

Adakah selama ini kerajaan Barisan Nasional mengajak rakyatnya ke arah kemungkaran? Jika Mahathir bermaksud demikian, bagaimana pula Islam di Malaysia ini boleh terus berkembang dan tiada larangan dari kerajaan untuk beribadah dan sebagainya.

Mungkinkah juga pesanan "Amar makruf nahi mungkar" itu ditujukan kepada Farid Kamil (kini Datuk) yang dilihat masih kurang islamik dalam kehidupan sehariannya?

Mengajak kebaikan ialah mengajak manusia kepada Allah atau mentaati perintah Allah. Amar makruf nahi mungkar ialah amalan Sunnah Nabi yang Fardhu.

Sunnah bererti - apa yang Nabi lakukan setelah menerima wahyu untuk memenuhi kehendak Allah yang mahu semua manusia beriman kepadaNya. Amalan ini adalah sunnah kesemua para Nabi dan merupakan amalan atau tuntutan Rukun Islam pertama yang dijalankan secara berjemaah (Fardhu Kifayah) mahupun bersendirian (Fardhu Ain).

Munkar atau Maksiat yang paling besar ialah manusia tidak Mengucap 2 Kalimah Syahadah. Bagaimana pula Mahathir mahu mengaitkan pemimpin Islam di dalam negara kita tidak mengucapkan 2 kalimah syahadah?

Munkar dan Maksiat pula akan berlaku setelah seseorang itu mengucapkan 2 Kalimah Syahadah. Kemudian orang itu tidak memberi masa melakukan kerja Mengajak kepada Kebaikan, Mencegah Kemunkaran dan tidak menjaga Solat Fardhu berjemaah.

Fahami dulu apa yang kamu ungkapkan wahai Mahathir. Jangan main tangkap muat dan hanya terikut-ikut dengan apa yang orang lain ungkapkan. Nanti jauh terpesong akhlak kamu.

DIVA MELETOP AZWAN HENTAM PENYANYI SEJUK BEKU SHEILA MAJID YANG KONONNYA MEMBUAT DAKWAAN KOS SARA HIDUP TINGGI DAN MEMBEBANKAN



Diva Meletop Azwan Ali menyelar tindakan penyanyi sejuk beku siapa lagi kalau bukan Sheila Majid yang membangkitkan keluhan dan rintihan berkaitan dengan kos sara hidup rakyat. Mana Azwan tidak terkejut dengan dakwaan dan tuduhan penyanyi sejuk beku Sheila Majid itu kerana semua sedia maklum bahawa Sheila Majid artis yang cukup disegani dan dihormati.

Sampai macam itu sekali penyanyi sejuk beku Sheila Majid meroyan. Tuduhan dan dakwaan Sheila Majid itu akan mempengaruhi dan merosakkan generasi muda. Bagaimana Sheila Majid artis yang mempunyai nama besar, berpengalaman lama dalam bidang seni, berjaya, ada pangkat datuk, kaya raya dan mempunyai pengikut berjuta-juta boleh membuat tuduhan dan dakwaan terhadap kerajaan. Bukankah semua yang dimiliki oleh penyanyi sejuk beku Sheila Majid kerana kerajaan.

Rasanya penyanyi sejuk beku Sheila Majid sudah jatuh popularitinya dan untuk menjadi popular, penyanyi sejuk beku ini sanggup menuduh kerajaan macam-macam. Tetapi masih tidak boleh lawan populariti Azwan Ali.Penyanyi sejuk beku Sheila Majid ini sebenarnya membunuh diri sendiri dan kerjaya seni beliau kerana sepanjang Sheila menjadi penyanyi sejuk beku beliau mendapat banyak manfaat dan keuntungan daripada Kerajaan Barisan Nasional. Sheila seorang yang berpengaruh, seorang diva rasanya tidak perlu sekali beremosi. Dengan dakwaan dan tuduhan Sheila Majid ini, ia sebenarnya membunuh diri dan kerjaya seninya sendiri. 

Kesimpulannya segala tindakan dan perbuatan penyanyi sejuk beku Sheila Majid ini sama sekali tidak akan menjejaskan Kerajaan Barisan Nasional. Untuk menang dalam pilihan raya umum, Najib tidak perlukan penyanyi sejuk beku seperti Sheila Majid kerana nama Najib sudah terlalu besar, apalah sangat dengan penyanyi sejuk beku seperti Sheila Majid itu. 





Wednesday, 20 December 2017

AZWAN ALI HADIR DI PEJABAT SPRM HANTAR BAHAN BUKTI RASUAH YANG DIKAITKAN DENGAN ADIKNYA AZMIN ALI

Pengacara hos TV dan selebriti yang juga abang kepada Menteri Besar Selangor iaitu Azwan Ali hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengemukakan dokumen dan bahan bukti mengenai kesalahan rasuah yang didakwa melibatkan adiknya, Datuk Seri Azmin Ali.

Azwan Ali tiba kira-kira pukul 10 pagi di pejabat SPRM. Menurutnya dia telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan dan kehadirannya juga adalah untuk mengemukan bukti dan dokumen yang berada dengannya. 

HADIR KE IBU PEJABAT SPRM SERAH BAHAN BUKTI RASUAH AZMIN ALI

Menurut Azwan lagi, ketebalan dokumen yang dibawanya itu menunjukkan kesungguhan dalam mendedahkan isu itu. Azwan sebelum ini berkata beliau akan memastikan Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Azmin Ali tumbang dalam usaha untuk mengambil alih Selangor pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Di samping itu juga, Azmin tekad untuk berbuat demikian dan punya sejuta idea untuk memusnahkan Azmin di Selangor dan bersumpah untuk mendedahkan rahsia adiknya itu satu demi satu. Sebagai warga negara yang bertanggungjawab, menurut Azwan, beliau perlu berbuat demikian bagi mencegah perkara tidak bertanggungjawab.

Azwan juga berharap dengan penyerahan dokumen dan laporan ini ia dapat membantu SPRM menjalankan siasatan, seterusnya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.





ECRL : KERAJAAN BELAJAR DARI KESILAPAN ZAMAN TUN M, TERPAKSA BAYAR BERGANDA AKIBAT KENAIKAN NILAI MATA WANG JEPUN



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyangkal dakwaan kononnya projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bukan pelaburan, sebaliknya pinjaman.

Polemik baharu itu dicetuskan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa ECRL bukan pelaburan, sebaliknya pinjaman kerana kerajaan perlu membayar semula pembiayaannya.

Abdul Rahman berkata, kerajaan sudah berulang kali menjelaskan ECRL yang bakal menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur Semenanjung, distrukturkan sebagai pelaburan domestik dibiayai pinjaman mudah dari China menerusi Export-Import Bank of China (EXIM).

Katanya, kerajaan tidak menggunakan kaedah pelaburan langsung asing kerana menerusi pinjaman mudah, ECRL akan dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya anak syarikat Kementerian Kewangan yang akan membayar semula pinjaman mudah itu apabila rangkaian ini mula beroperasi.

Kerajaan sekarang belajar daripada kesilapan lalu apabila kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir dan Tun Daim meminjam dengan banyak dari Jepun dan terpaksa membayar berganda apabila nilai Yen meningkat tinggi berbanding ringgit, manakala kerajaan hari ini sudah memastikan pinjaman mudah dari China dilengkapi mekanisme meringankan risiko tukaran mata wang.

Jika ECRL adalah pelaburan langsung asing, maka pihak asing akan memilik dan mengendalikan rangkaian kereta api ini, dan pemiliknya akan memindahkan keuntungan dari operasinya ke negara mereka.

"Berikutan rangkaian kereta api ini akan merentas Semenanjung, kerajaan memutuskan pemilikan dan operasinya mesti dimiliki negara bersandarkan kepada faktor keselamatan negara dan strategik ekonomi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Rahman berkata, pembiayaan asing bagi projek pelaburan domestik juga pernah dilaksanakan semasa era pentadbiran Dr Mahathir dan Daim, antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Projek Janakuasa Hidroelektrik Kenyir dan Stesen Janakuasa Port Dickson (Tuanku Jaafar) yang dibiayai oleh Jepun.

Selain itu, katanya, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, turut dibiayai pinjaman mudah dari China.

"Bagaimanapun, jika Tun Daim atau Tun Dr Mahathir mempunyai isu dengan projek ECRL sebagai pelaburan domestik melalui pinjaman mudah berbanding pelaburan langsung asing, saya sarankan mereka nyatakan pendirian dan gesa kerajaan menjual projek infrastruktur strategik ECRL dengan meletakkannya di bawah pemilikan asing.

"Adakah Tun Daim dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih gembira jika warga asing memiliki dan mengendalikan ERCL.

"Jika ECRL adalah pelaburan langsung asing China, adakah mereka akan mengkritik projek itu dan mendakwa ia adalah penguasaan ekonomi oleh negara China sebagaimana mereka dakwa pada pelaburan lain negara itu di Malaysia," katanya.

Projek ECRL tidak boleh lagi ditangguhkan kerana kosnya akan meningkat pada masa akan datang, malah ia sepatutnya dilaksanakan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana kosnya lebih rendah pada ketika itu.

"Ketika projek ECRL akan bermula, ia tidak sepatutnya dilengahkan atau lebih teruk lagi dipolitikkan. Rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang berhak menerima layanan dan peluang lebih baik," katanya.

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...