Walaupun pakatan pembangkang telah disatukan dengan kumpulan Tun Mahathir menerusi Pakatan Harapan, namun Wan Azizah dan PKR sebenarnya yang telah melakukan kesilapan dalam hubungan tersebut.
Selama hampir 20 tahun mereka memperjuangkan pembebasan untuk Anwar Ibrahim dari ISA, menggerakkan Reformasi pada 1998 dan akhirnya berjuang untuk menjatuhkan Tun Mahathir dari pemerintahan namun, usaha tersebut nampaknya sia-sia apabila berlakunya gabungan ini.
Luka lebam di mata Anwar Ibrahim masih belum terubat, tetapi Pakatan Harapan dan PKR dengan mudahnya menjalin hubungan bersama Kleptokrasi seperti Tun Mahathir di luar tirai besi.
Hayunan kayu cota, tembakan asap gas pemedih mata dari pasukan FRU masih belum dapat dilupakan oleh para REFOMIS kerana perjuangan mereka terlalu panjang dan amat memeritkan demi membela nasib nama manusia yang bernama Anwar Ibrahim.
Tapi kini, Tun Mahathir yang mereka musuhi akan menjadi calon Perdana Menteri PH sekiranya mereka memenangi PRU-14. Apa yang lebih memilukan bagaimana penentang gerakan Tun Mahathir suatu ketika dahulu mahu berdepan dengan bekas PM yang pernah memenjarakan ketua mereka?
Kalau nak tahu kita akan kira jumlah peti undi calon PH dan peti undi Tun Mahathir serta kroni-kroninya yang dibawa dari PPBM.
No comments:
Post a Comment