Tuesday, 10 April 2018

DAP MENGGUNAKAN ORANG MELAYU SEBAGAI SENJATA DAN PELURU BAGI MEMUSNAHKAN ORANG MELAYU





Penggunaan logo parti yang sama menjadikan pembangkang akan menggunakan bendera yang sama pada PRU 14 akan datang. Penggunaan satu logo adalah berikutan logo Pakatan Harapan tidak boleh didaftarkan. Keputusan ROS yang membubarkan PPBM dan tidak boleh menggunakan logo mereka pad PRU kali ini. Tempoh 30 hari diberikan kepada PPBM bagi menyelesaikan segala syarat yang diberikan oleh ROS tidak dapat ditunaikan. 

Penggunaan logo PKR dilihat akibat arahan ROS yang mengharamkan penggunaan logo bunga raya bagi menghadapi PRU 14. Penggunaan satu logo ini memperlihatkan DAP sanggup menjual maruah mereka selama ini. Ramai pemimpin veteren DAP tidak puas hati dengan perkembangan tersebut. Kemungkinan langkah yang digunakan oleh DAP pada kali ini berikutan banyak kes rasuah yang berlaku di Pulau Pinang dan telah menyebabkan golongan Cina hilang kepercayaan. 

Rata-rata pemimpin lama melihat LGE sekarang terdesak kerana masih menghadapi kes rasuah yang sedang berlangsung. Kurangnya sokongan daripada golongan orang Melayu menyukarkan lagi penguasaan mereka dikebanyakan kerusi yang akan mereka tandingi. Sehubungan dengan itu menggunakan calon dari kalangan orang Melayu akan dapat mengukuhkan lagi DAP di arena politik Malaysia. Penggunaan logo PKR sebagai lambang mereka hanyalah sebagai lakonan dan harus diingat DAP masih menguasai keseluruhan perancangan pembangkang. 

DAP dilihat sebagai ‘puppet master’ dalam mengawal pemimpin Melayu dalam pakatan mereka pada kali ini. Sedar tak sedar mereka sememangnya mahu melihat perpecahan di kalangan orang Melayu supaya mereka mudah untuk mengawal mereka kelak. Dapat dilihat bagaimana DAP mengawal AMANAH dan PPBM dan menggunakan kedua-dua parti ini sebagai senjata dan peluru untuk menghancurkan orang Melayu. Sedarlah rakyat Malaysia bagaimana DAP mampu mengawal keseluruhan golongan pemimpin Melayu dalam parti tersebut nanti. 

Umum mengetahui AMANAH dan PPBM ditaja oleh DAP semasa penubuhan mereka pada peringkat awal. DAP sememangnya mengetahui PPBM akan menghadapi masalah dengan ROS. Berlaku kepincangan dalaman parti dan masih menghantui mereka serta gagal untuk di selesaikan. 

Bangkitlah wahai orang Melayu, lihatlah bagaimana DAP dan kuncu-kuncunya secara senyap memusnahkan kita tanpa kita sedar. Kita hanya melihat pada mata kasar sahaja. Namun harus diingat apa yang berlaku dahulu. Sejarah telah membuktikan peristiwa penting di Malaysia dan bagaimana peranan mereka dalam kemerdekaan Malaysia. 

Adakah mereka-mereka ini layak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman seperti sekarang. Berfikirlah dengan waras dalam menentukan hala tuju masa hadapan Malaysia. Lihat juga bagaimana kemajuan yang telah kita kecapi sepanjang pemerintahan yang ada. Sanggupkah kita melihat masa hadapan negara, dipimpin oleh golongan yang belum tentu lagi boleh melakukan sebaik pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan kerajaan sebelum ini. 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...