Friday, 13 April 2018

DAP SANGGUP JUAL MARUAH HANYA KERANA MAHU MENGEKALKAN KUASA






DAP dalam menghadapi Pilihanraya ke 14 telah memperkenalkan calon mereka bagi mewakili parti mereka di Kuala Lumpur. Dalam senarai mereka masih mengekalkan muka-muka lama namun Ahli Parlimen Kepong. Dr. Tan Seng Giaw telah digantikan dengan  Lim Lip Eng. Tan Seng Giaw yang telah lama berkhidmat di kawasan Kepong iaitu selam 38 tahun atau setelah 8 penggal mewakili Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw merupakan bekas PAC yang berkuasa menyiasat salah laku 1MDB. Beliau yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa PM Najib tidak terlibat dengan isu 1MDB. Menurut beliau bagaimana hendak mengaitkan PM dengan isu 1MDB sedangkan beliau tidak terlibat. Sepatutnya yang di siasat adalah pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.

Berikutan kenyataan Dr Tan Seng Giaw tersebut mungkin telah menimbulkan kemarahan pemimpin DAP Lim Guan Eng kerana pembangkang sangat mengharapkan PM disabitkan kesalahan dengan 1MDB. Setelah selesai penyiasatan yang dilakukan oleh PAC mendapati tiada unsur-unsur yang menjurus kepada kesalahan PM seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Ahli Parlimen Kepong. Dr. Tan Seng Giaw menyelar keputusan DAP menggadaikan lambang roket yang digunakan parti tersebut sejak 1966 semata-mata untuk berada di bawah gabungan pembangkang PKR. Dr. Tan Seng Giaw yang juga bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tidak bersetuju dengan keputusan kepemimpinan ter­ti­nggi DAP.  Sepatutnya mereka harus mengambil kira pelbagai faktor penting sebelum menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana tindakan itu jelas memberi impak negatif terhadap parti.

Lambang roket telah digunakan selama 52 tahun berakhir dengan sekelip mata sahaja apabila menggunakan lambing PKR. Adakah rakyat akan terima atau penyokong turut bersetuju dengan tindakan tersebut?.  Adakah logo DAP akan lenyap selama-lamanya selepas PRU 14 ini nanti?. Kalau mereka boleh mengubah logo dalam sekelip mata bagaimana kalau mereka sudah berkuasa nanti banyak akan diubah oleh mereka.

DAP terdesak menggunakan simbol PKR dalam PRU 14 ini kerana menyedari ramai ahli parti yang hilang kepercayaan berikutan dengan skandal Lim Guan Eng dan rasuah di Pulau Pinang yang masih berterusan. Kegagalan mereka mentadbir Pulau Pinang dengan baik sehingga mengakibatkan banyak permasalahan berlaku tidak dapat diselesaikan seperti perumahan mampu milik, banjir di Pulau Pinang, Isu Terowong Dasar Laut dan banyak lagi.

Jadi apa natijahnya DAP menggunakan lambang PKR adakah ingin menutup segalah masalah mereka di Pulau Pinang atau salah satu strategi mereka untuk meracuni orang Melayu sekaligus berjaya memecah belahkan mereka. Sememangnya diketahui rancangan awal DAP terhadap Malaysia yang tercinta. Rancangan menubuhkan Malaysian Malaysia tetap menjadi agenda utama mereka. Beringatlah sebelum jadi lembu dicucuk hidung dan menjadi tunggangan mereka yang memang mempunyai niat terhadap kemanan Malaysia.



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...