Pembangkang merupakan sebuah parti atau kumpulan yang sentiasa mempertikaikan dan mendakwa apa yang dilakukan oleh kerajaan tidak betul. Sedangkan apa yang dilakukan sememangnya mereka ketahui sendiri mempunyai nilai dan manfaat terhadap semua masyarakat di Malaysia. Mereka menanam sikap membenci dan memburuk-burukkan segala usaha kerajaan dalam membawa pembangunan dalam Malaysia.
Kerajaan telah banyak memperkenalkan pelbagai kemajuan dan kemudahan termasuk juga dalam sektor ekonomi, sosial dan pembangunan. Segala pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan ini sememangnya menjurus kepada kemajuan ekonomi Malaysia. Dengan adanya pembangunan yang pesat dalam negara ianya telah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat dan pengusaha tempatan seterusnya menggalakan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan telah memperkenalkan berbagai program dalam memastikan rakyat sentiasa mendapat manfaat dalam segala bentuk pembagunan yang dijalankan oleh pemerintah. Terlalu banyak yang diperkenalkan oleh kerajaan dan sesetengahnya telahpun berjaya dilakasanakan dan telah dinikmati oleh rakyat. Kerajaan memperkenalkan GST yang mana hasil kutipan akan dikembalikan kepada rakyat dalam berbagai bentuk. Salah satunya adalah BR1M dan banyak lagi yang rakyat boleh dapat hasil daripada kutipan GST ini.
Pembangkang melihat semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini membazirkan duit rakyat seperti mana yang sering dilaungkan dalam setiap ceramah mereka. Mereka berjanji sekiranya berkuasa akan menunaikan seperti dalam manifesto bagi menawan hati rakyat. Tetapi mereka lupa bagaimana janji mereka pada PRU 13 sehingga sekarang masih lagi gagal dilaksanakan. Bermacam tuduhan yang mereka lemparkan terhadap kerajaan seperti negara akan bangkrap, rasuah, makan duit rakyat dan banyak lagi. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan matlamat dan tujuan mereka untuk berkuasa dan menjatuhkan PM Najib.
Pendekatan yang mereka lakukan adalah dengan meracuni pemikiran rakyat pada setiap ceramah yang mereka adakan. Demonstrasi sering diadakan bagi menunjukkan bahawa rakyat membantah apa yang dilakukan kerajaan. Rakyat disuap dengan berita palsu dan disedikan dengan maklumat tidak benar yang akan ditelan bulat-bulat oleh rakyat yang sememangnya tidak tahu kebenaran. Tetapi dengan cara mereka persembahkan maklumat tersebuat menunjukkan mereka yang benar. Akhirnya rakyat menerima maklumat yang salah dan menentang kerajaan. Mereka berjaya memesongkan pemikiran rakyat yang akhirnya akan merugikan diri sendiri.
Rakyat diingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan dakyah pembangkang yang sememangnya akan merugikan diri. Kerajaan telah berusaha untuk memastikan segala maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah benar. Banyak tempat atau pusat penerangan yang disediakan oleh kerajaan dalam memuatkan kebenaran setiap maklumat yang pembangkang dakwa bohong sedangkan semuannya benar dan mendatangkan hasil yang baik kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment