Tuesday, 10 April 2018

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PEMIMPIN YANG “LIDAH BERCABANG”





Kehangatan gelombang Pilihan Raya Umum-14(PRU-14) semakin dirasai dan semakin mendebarkan. Ini kerana PRU-14 kali ini akan membuktikan parti mana yang akan terus diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat untuk terus memerintah Negara. 

Di saat dan ketika ini perang mulut di antara Parti Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang iaitu Pakatan Harapan(PH) akan menjadi lebih hangat. BN dan PH masing-masing telah melancarkan manifesto atau akujanji mereka terhadap rakyat sekiranya mereka diberi kepercayaan oleh rakyat nanti. 

Negeri Johor bakal menjadi antara negeri yang dijangka bakal berlakunya persaingan yang amat sengit di antara BN dan Juga PH. Namun persoalannya adakah rakyat Johor mahukan pemerintah yang baru atau mereka tetap dan masih percaya dengan pemerintah sebelum ini iaitu BN. 

Baru-baru ini Tunku Mahkota Johor iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah memuat naik 1 artikel di laman facebook “JOHOR Southern Tigers” yang lebih kepada memberi pandangannya terhadap masa depan Negara khususnya di Johor. 

Apa yang jelas beliau bertegas mahu rakyat Johor sedar dan jangan mudah terpedaya dengan pemimpin yang “lidahnya bercabang” seperti ular. Dalam maksud yang lebih mudah untuk difahami ialah rakyat perlu tolak pemimpin yang sering mengelirukan rakyat dengan kata-katanya yang dilihat sering berubah-ubah mengikut keperluan peribadi dirinya. 

Rakyat perlu elakkan dari membiarkan seorang pemimpin yang matlamatnya bukanlah untuk selamatkan Negara sebaliknya hanya untuk kepentingan politik peribadi. Apa yang cuba dilakukan oleh pemimpin tersebut hanyalah untuk menyelamatkan masa depan anak-anaknya sahaja. Jika dilihat didalam dunia ini, orang yang paling kaya di dunia pon tidak mampu untuk melahirkan tiga orang anaknya sebagai “ billionaire”. 

TMJ juga menegaskan Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia. 

Sebagai Rakyat Johor yang yang bijak, nilailah seorang pemimpin itu dari sudut kejayaannya serta sumbangan kepada Negara. Jangan hanya kerana dendam, seluruh Rakyat Johor terus melupakan jasa-jasa Pemimpin yang jauh lebih berjaya dari pemimpin sebelum ini yang hanya memperjuangkan politik peribadi. 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...