DAP adalah sebuah parti yang anti-islam dan ianya bertindak menjadi penghalang kepada agenda Islam di negara ini. Pengalaman PAS bersama DAP ketika bersama Pakatan Rakyat sebelum terbentuknya Pakatan Harapan memberi pengajaran buat parti PAS.
Semasa DAP berada dalam Pakatan Rakyat (PR), secara terang dan nyata parti itu menentang Islam. Agenda PR ketika itu tidak menepati agenda Islam dan ada di dalamnya kalangan yang menentang Islam secara nyata dan terang seperti DAP. Malah ada parti dalam PR yang tidak berani dan tiada pendirian untuk menyokong Islam.
Ini adalah salah satu sebab utama mengapa Parti PAS mengambil keputusan untuk berpisah dengan Pakatan Pembangkang. PAS juga kini menentang DAP yang dilihat sebagai sebuah parti yang sering kali menjadi batu penghalang perjuangan agenda Islam di negara ini.
Selain itu pengajaran besar PAS bersama DAP suatu ketika dahulu sudah membuka mata parti itu. Kini PAS secara terbuka mengajak ahli dan kepemimpinan parti itu untuk menentang parti gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP yang didakwa menonjolkan sikap anti-Islam secara terang-terangan
Di samping itu, parti PAS juga bertegas tidak akan bersama pemimpin pembangkang yang menjadi punca kepada masalah dan penyakit terpaksa dihadapi negara. Belang sebenar parti DAP sudah terbongkar, kini masanya rakyat menolak perjuangan DAP yang dilihat liberal dan bersifat anti-islam.
No comments:
Post a Comment