Monday, 23 April 2018

RUMAHTANGGA PAKATAN HARAPAN BERGELORA DI SELANGOR


5 hari yang lalu, berita portal SelangorKini iaitu sebuah berita portal pro Pakatan Harapan telah memetik dan memuat turun artikel bertajuk "Pakatan Harapan Selangor muktamadkan pengagihan kerusi DUN". Berdasarkan kepada laporan portal demikian, kesemua pucuk pimpinan Pakatan Harapan dari PKR, DAP, AMANAH dan PPBM Selangor yang terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tony Pua, Haji Ir. Izham Hashim dan Datuk Abdul Rashid Asari telah mencapai kata sepakat memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Negeri Selangor (DUN). 

Rujuk link berkenaan untuk keterangan lanjut: 



Namun yang demikian, jika dirujuk kepada portal berita berkenaan jelas di sini isu agihan kerusi sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak timbul sebarang isu untuk memuktamadkan calon di negeri itu. 

Semalam lain pula cerita yang ditimbulkan, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mengakui wujud ‘masalah kecil’ untuk memuktamadkan calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Azmin Alimasalah itu berlaku ‘di satu dua” kerusi sekali gus menjelaskan laporan media yang menyebut PKR berdepan masalah memuktamadkan calon.

Difahamkan PKR dan Pakatan Harapan sebenarnya masih belum memuktamadkan pengagihan kerusi di peringkat DUN mahupun di Parlimen. Adalah difahamkan bahawa beberapa calon yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin ‘ditolak’ Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 

Isu agihan kerusi dan memuktamadkan calon di Selangor jelas masih belum lagi mencapai kata putus muktamad. Laporan yang dilaporkan media pro Pakatan Harapan sebenarnya hanya digunakan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu tidak menghadapi sebarang masalah dalam isu agihan kerusi dan juga pemilihan calon. Walhal, rumahtangga Pakatan Harapan di Selangor kini makin bergelora ketika tempoh penamaan calon sudah semakin dekat. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam Pakatan Harapan di Selangor pada tempoh terdekat ini.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...