Abdul Aziz Bari menyertai parti DAP sejak 2015, pernah
bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR pada PRU-13 tetapi
tewas kepada Barisan Nasional. Kali ini, Abdul Aziz dikatakan akan diletakkan
di DUN Tebing Tinggi dalam kawasan Parlimen Ipoh Timur atas tiket DAP.
Walau bagaimanapun DAP menafikan perkara demikian kerana
tindakan penyandang kerusi Tebing Tinggi Ong Boon Piow yang mengumumkan Abdul
Aziz sebagai calon di DUN tersebut dibuat tanpa mendapat kebenaran daripada
pucuk pimpinan.
Tindakan DAP mengumumkan calon bukan melalui pimpinan DAP
Pusat oleh penyandang kerusi itu dalam satu ceramah di Perak oleh Ong Boon Piow
itu telah memakan diri kerana ia pasti akan memberikan kesan dan menjejaskan
kesepakatan serta peluang pembangkang di Perak. Tindakan yang dibuat Ong itu
telah mendapat kecaman dari pucuk pimpinan DAP.
Pada 13 April lalu, media melaporkan Ong mengumumkan Aziz
calon DAP di DUN Tebing Tinggi pada pilihan raya akan datang. Sudah pasti ada
sesuatu yang cuba disembunyikan DAP dalam hal ini dan cuba menafikan bahawa
Abdul Aziz akan menjadi calon di DUN demikian. Tidak mustahil DAP cuba
meletakkan beliau di DUN Perak agar DAP dapat mencalonkan MB Melayu dari DAP
jikalau mereka memenangi PRU bagi DUN Perak.
Atas alasan inilah segalanya kemungkinan berlaku. Kerusi DAP
adalah paling banyak berbanding parti lain iaitu 18 kerusi dan semuanya kerusi
boleh menang. Dengan adanya calon Melayu, wakil DAP tidak akan terlepas lagi
peluang dilantik sebagai Menteri Besar berikutan Undang-undang Tubuh negeri
yang mensyaratkan calon (MB) mestilah Melayu dan beragama Islam.
Tidak mustahil, DAP juga sebuah parti opportunis yang mahu
meletakkan orang-orangnya untuk menguasai Kerajaan di Perak. Sebelum ini
Mohammad Nizar bin Jamaluddin adalah merupakan Menteri Besar yang pro DAP dari
PAS ketika DAP menguasai kerusi yang banyak di Perak pada PRU12. Kini Abdul
Aziz bakal diletakkan di Perak untuk memastikan agenda dan kepentingan DAP
terjamin.
No comments:
Post a Comment