Thursday, 5 April 2018

MANA MASA DEPAN PENJAWAT AWAM KETIKA PENGERUSI PAKATAN HARAPAN KATA MENAIKKAN GAJI PENJAWAT AWAM MERUGIKAN NEGARA


Pengumuman satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada Penjawat Awam oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menimbulkan reaksi negatif pemimpin-pemimpin utama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap isu ini. 

Mereka dari dulu lagi suka membantah apa jua tindakan dan pelaksanaan Kerajaan.

Namun begitu, rakyat perlu faham bahawa memberi bonus adalah mudah bagi mana-mana kerajaan tetapi memberi kenaikan gaji adalah satu komitmen berani kerajaan.

Bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir mendakwa tindakan Najib merugikan negara apabila menaikkan gaji penjawat awam.

Bekas perdana menteri keempat itu mendakwa Najib melakukan kesilapan besar apabila memberi tumpuan kepada sasaran berpendapatan tinggi.

Sepanjang tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau tidak pernah menaikkan gaji penjawat awam begitu tinggi.

Selain itu, di era Dr Mahathir beliau berjaya mengurangkan jumlah penjawat awam melalui dasar penswastaan. Kerajaan Dr Mahathir mula melaksanakan dasar penswastaan pada 1980-an dan tidak mustahil ianya dilaksanakan kembali.

Risikonya sudah pasti akan menjejaskan masa depan 1.6 juta penjawat awam di Malaysia.

Ini kerana bagi Dr Mahathir dengan melakukan penswastaan agensi kerajaan, kerajaan tidak perlu berbelanja lebih untuk membayar gaji kakitangannya.

Jelas di sini, pemimpin Pakatan Harapan memang memasang niat untuk mengurangkan penjawat awam dalam perancangan mereka jika mereka mentadbir.

Namun begitu, khabar baik yang diumumkan Perdana Menteri itu mendapat reaksi positif dari 1.6 juta penjawat awam di negara ini. Rata-rata penjawat awam menyokong penuh usaha Kerajaan memartabatkan profesion penjawat awam di negara ini.

Tambah lagi, penjawat awam juga berasa lega kerana Putrajaya tidak akan mengambil sebarang tindakan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam seperti mana yang mahu dibuat Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...