Thursday, 12 April 2018

SIAPA UNTUNG DAN SIAPA RUGI ISU GUNA LOGO PKR DALAM PH?


Logo PKR yang akan digunakan gabungan pembangkang PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disifatkan sebagai meletakkan PAN dan PPBM berada dalam kedudukan terpinggir lebih-lebih lagi dalam situasi DAP sudah sedia dominan.

Selain itu, ramai pihak menjangkakan episod perebutan kerusi dalam kalangan parti-parti gabungan itu tidak dapat dielakkan berikutan kepentingan masing-masing yang hendak dipertahankan.

Kepincangan yang berlaku di peringkat dalaman gabungan pembangkang PKR sukar dinafikan berikutan aspirasi yang dibawa setiap parti dalam gabungan tersebut adalah berbeza.

Keegoan DAP terserlah apabila menganggap PPBM dan PKR sebagai parti kecil yang boleh dijadikan ejen untuk menyebarkan agenda Malaysian Malaysia mereka selain memastikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dapat dikurangkan.

Parti PPBM dan PAN ini merugikan orang Melayu kerana menjadi alat perpecahan kepada perpaduan yang dikecapi negara sejak dahulu lagi. DAP akan menjadi penyebab utama kedua-dua parti ini terkubur sekiranya gabungan pembangkang PKR memenangi PRU-14.

Lihat sahaja sejarah penubuhan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan. PPBM ditubuhkan kerana dendam terhadap BN. PKR ditubuhkan kerana perjuangan berteraskan reformasi manakala PAN ditubuhkan kerana dendam terhadap Pas.

Parti yang ditubuhkan untuk membalas dendam tidak layak menjadi kerajaan untuk rakyat. Ia akan membawa negara kepada kemusnahan dan menyebabkan masa depan anak cucu kita menjadi tidak terjamin. Yang untung di kemudian hari adalah parti DAP yang cuba mendapat undi Melayu melalui penggunaan logo PKR.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...