DAP mengakui menggunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14) semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional setelah gagal berbuat demikian pada 2008 dan 2013. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menyatakan bahawa peranan Dr. Mahathir diperlukan untuk mengukuhkan gabungan pembangkang PKR yang turut disertai PAN.
DAP terpaksa membuat keputusan sukar dengan memilih satu logo dan bekerjasama dengan Dr. Mahathir dalam PRU14 semata-mata mahu agenda mereka untuk menguasai negara ini tercapai. Sudah 52 tahun DAP menggunakan logo mereka tapi kini ianya hilang sekelip mata semata-mata mahu memenangi PRU-14 melalui strategi menggunakan Dr. Mahathir.
Jesteru itu, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi matlamat tersirat DAP itu. Mereka kini menggunakan pemimpin Melayu untuk melawan orang Melayu kerana mereka tahu DAP sudah menguasai orang Cina.
DAP juga terpaksa merendah diri mereka dan memilih seorang calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang mana Dr. Mahathir dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi pilihan mereka kerana DAP tahu kekuatan mereka berguna untuk DAP untuk melawan Barisan Nasional.
DAP adalah sebuah parti yang opportunis, mereka sanggup menggadai maruah simbol parti mereka dan sanggup bekerjasama dengan musuh nombor satu mereka menunjukkan betapa terdesaknya mereka mahukan agenda DAP direalisasikan segera. Kali ini dengan adanya elemen Dr Mahathir dalam DAP mereka akan mempergunakan beliau untuk memenuhi agenda tersirat mereka itu.
No comments:
Post a Comment