Thursday, 5 April 2018

RAKYAT SELANGOR TIADA PILIHAN, CALON MB YANG ADA PUN DAH SEMEMANGNYA ROSAK






Kemelut kem Pakatan Harapan di Selangor semakin meruncing apabila DAP cuba mengetengahkan calon mereka di beberapa tempat strategi di Selangor.

Pada masa yang sama, DAP juga mahukan kerusi Menteri Besar Selangor di serahkan kepada mereka sekiranya PH menang pada PRU-14 akan datang.

Calon DAP sudah ada iaitu Prof Abdul Aziz Bari yang menyertai DAP sejak 3 tahun yang lalu dan dia juga dikatakan menjadi pengarah strategi DAP bagi mempengaruhi anak Melayu dekat pada parti chauvinist itu.

Namun, kedudukan Azmin Ali di kawasan selamatnya iaitu Gombak dan Bukit Antarabangsa dikatakan bakal tergugat kerana pengundi di kawasan tersebut terabai dan kebajikan mereka langsung tidak dijaga.

Azmin Ali cuba membawa dirinya ke 'tempat selamat' seperti Shah Alam apabila Khalid Samad yang dulunya bersama PAS telah menyertai PAN. Pada masa ini Khalid Samad masih mencari kawasan Parlimen yang sesuai untuk dirinya bertanding dengan menggunakan logo parti barunya PAN.

Jika melihat reputasi Azmin Ali, rakyat Selangor sudah sedia maklum bahawa selam 2 penggal mereka telah ditipu oleh PH berkaitan isu air. Itu belum diungkit berkaitan isu pengambilan tanah dan salah guna kuasa kartelnya dalam membolot segala kekayaan di dalam Selangor.

Aziz Bari pula hanya menjadi boneka dan orang suruhan DAP bagi merampas kuasa di Selangor. DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng secara senyap mahu merampas kuasa di Selangor kerana sumber pendapatan negeri itu adalah yang paling tinggi diantara negeri-negeri lain di Malaysia.

DAP beranggapan Azmin Ali adalah seorang yang lemah dalam sudut pentadbiran kerajaan dan membelakangi hak serta kepentingan kaum Cina dalam dasar-dasar kerajaan Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...