Monday, 16 April 2018

RAKYAT PULAU PINANG JOM BUANG DAP JAUH-JAUH TIDAK ADA APA YANG BOLEH DIBANGAKAN KECUALI RASUAH DAN DAP GAGAL





Kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP gagal melaksanakan janji-janji mereka seperti manifesto PRU ke 13 yang lalu. Sebanyak 51 janji mereka gagal dilaksanakan malahan menimbulkan banyak masalah. Sepanjang pemerintahan mereka banyak menimbulkan isu seperti skandal tanah dan terowong dasar laut yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 

Pembanguanan dan penarahan gunung-gunung yang menjadi kawasan tadahan air hujan dan menjadi landskap yang menarik di Pulau Pinang telah dimusnahkan. Akibatnya berlaku kejadian banjir yang teruk serta kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa manusia. Banyak bangunan bersejarah dimusnahkan semata-mata ingin menunjukkan kerajaan negeri menjalankan pembangunan. Bangunan bersejarah yang menjadi tarikan pelancong dimusnahkan kerana ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda. 

Kemusnahan alam sekitar akibat pembangunan yang tidak teratur iaitu sebanyak 39 projek lereng bukit telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Keadaan ini amat membimbangkan kerana telah menyebabkan banjir besar telah berlaku dikebanyakan kawasan di Pulau Pinang. Kerajaan terdahulu sangat mengambil berat dengan pembangunan di kawasan lereng bukit. Kajian yang mendalam harus dilakukan bagi menilai kesesuaian kawasan tersebut untuk dibangunkan, terutama melibatkan perumahan. 

Sesungguhnya kerajaan pusat telah memberi bantuan sebanyak RM4 bilion kepada kerajaan negeri bagi menguruskan segala permasalahan rakyat dalam tempoh 5 tahun. Namun apa yang didapati masih tidak ada perubahan malahan semakin teruk akibat rasuah. Pembangunan dan perancangan yang dibuat juga banyak menimbulkan masalah. Pembinaan terowong dasar Laut, pembinaan leburaya serta penambakan laut. Kawasan ini dibangunkan dengan perumahan mewah yang mana rakyat Melayu Pulau Pinang tidak mampu untuk membeli berikutan harganya yang tinggi. 

Sepanjang DAP menguruskan Pulau Pinang, telah berlaku kenaikan takrif air dan kadar bayaran tempat letak kereta meningkat serta banyak pengusaha dari kalangan orang Melayu dinafikan hak mereka untuk berniaga. Tapak perniagaan yang selama ini untuk mereka mencari rezeki dirobohkan oleh kerajaan DAP. Namun mereka tidak pula merobohkan tapak perniagaan sekiranya golongan Cina yang berniaga, dan ianya menimbu;lkan rasa berat sebelah. 

Jom rakyat Pulau Pinang berubahlah kearah yang lebih baik demi menjamin kehidupan di kawasan pulau lebih ceria dan selesa. Selama 10 tahun DAP memerintah apa yang rakyat Pulau Pinang dapat? Kos sara hidup yang tinggi di kawasan pulau dan tekanan hidup penduduk Pulau Pinang yang tidak ada kesudahannya. Mengapa tidak kita harus berubah menjadi kearah yang lebih baik. 





No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...