Sebelum
ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Nurul Izzah tidak akan
bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai. Walaupun tiada
apa-apa kenyataan dikeluarkan oleh Nurul Izzah sendiri atau parti PKR, khabar angin
ini telah disahkan oleh pakatan HARAPAN pada hari penamaan calon.
Nurul
Izzah tidak akan pertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai kerana bertukar angin
untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh. PKR pula telah menamakan Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai pengganti
Nurul Izzah. Situasi ini menggambarkan ketidaksetiaan Nurul Izzah kepada
penduduk Lembah Pantai dan cuba untuk melarikan diri dari pelbagai masalah yang
melanda penduduk di sana.
Fahmi
Fadzil baru-baru ini telah mempertahankan Nurul Izzah apabila ditanya oleh media
tentang nasib 35 penduduk Kerinchi yang telah memakan ‘racun’ Nurul Izzah yang
menjaja cerita tentang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi yang bersifatkan
politik oleh Kerajaan Pusat. Akibatnya 35 penduduk itu tidak menikmati penempatan
dan kemudahan selesa di rumah PPR tersebut berbanding 408 penduduk yang percaya
dengan projek yang telah dilaksanakan itu.
Di samping
itu, Fahmi cuba untuk menyalahkan 35 penduduk itu sendiri kerana beliau menyatakan
Nurul Izzah hanya memberi nasihat dan keputusan untuk tidak terima projek itu
datang dari penduduk itu sendiri. Ini menggambarkan tentang kredibiliti
pemimpin pembangkang yang mahu ‘cuci tangan’ dari segala masalah yang terjadi
kepada rakyat dan lebih suka menyalahkan orang lain. Akhirnya muncullah ‘kambing
hitam’ yang cuba mempertahankan mereka.
Ini kerana
Fahmi Fadzil juga menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan PKR
mentadbir dan menyelesaikan masalah penduduk Lembah Pantai. Beliau merasakan BN
dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi kerjasama dengan PKR
Lembah Pantai. Daripada menjawab soalan mengenai sumbangan PKR, beliau lebih
mepersoalkan sumbangan BN dan DBKL di Lembah Pantai.
Sikap
pemimpin yang tidak menghargai sokongan dan kepercayaan rakyat ini tidak
seharusnya diberi peluang untuk mentadbir pada PRU14 nanti. Jika masalah rakyat
pun tidak dijaga dan rela melarikan diri, bayangkan jika mereka mentadbir negara.
Pengundi Lembah Pantai harus membuat keputusan yang bijak kerana masa depan
mereka berada di tangan mereka.
No comments:
Post a Comment