Saturday, 28 April 2018

SIKAP SAMBIL LEWA CALON PH MEMAKAN DIRI, LEBIH 4 CALON PH HILANG KELAYAKAN BERTANDING




28 April 2018 telah menjadi saksi hari penamaan calon di seluruh negara bagi edisi PRU-14. Sambutan dan juga perarakan dari setiap parti yang bertanding dilihat sangat meriah. Namun disebalik kemeriahan tersebut juga telah berlakunya kekecohan yang melibatkan parti pembangkang iaitu Pakatan harapan (PH). 

Di DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hassan dari parti Barisan Nasional (BN) secara sah telah diumumkan menang tanpa bertanding menewaskan calon PKR, Dr S Streram. Hal ini adalah kerana calon PKR tersebut datang tanpa membawa pas calon. 

Di Wangsa Maju pula, calon PKR Tan Yee Kew terlupa membawa kad pengenalan. Bagaimana seorang calon boleh bersikap cuai sedemikian sedangkan semua sedia maklum bahawa kad pengenalan adalah penting bagi setiap warganegara Malaysia. Pada awalnya beliau tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, namun selepas 2 jam berikutnya beliau berjaya mendapatkan kad pengenalan miliknya dan diberi kebenaran untuk masuk. 

Naib Presiden PKR Tian Chua diisytihar hilang kelayakan bertanding di Parlimen Batu iaitu kawasan yang dipegangnya selama 10 tahun. Beliau dilucutkan hak bertanding kerana denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya pada bulan lalu. 

Di Kelantan, calon PKR di DUN Tawang Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang oleh kerana alamat di kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan syarat untuk bertanding di kerusi negeri di sana. 

Lihat sahaja Azwan Ali yang kali pertama mahu bertanding, beliau telah membuat persiapan yang amat rapi sebelum hadir ke dewan penamaan calon. Oleh itu beliau secara sah akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dimana beliau akan berlawan dengan abangnya Azmin Ali disana. Calon-calon PH sepatutnya menjadikan Azwan Ali sebagai contoh yang baik buat mereka. 

Jelaslah disini calon-calon PH telah mengambil sikap sambil lewa sahaja. Kegagalan mereka untuk membuat persediaan yang baik dan rapi menjadi puca mereka hilang kelayakan bertanding pada PRU-14 kali ini. Oleh kerana itu, mereka terus menyalahkan pihak lain seolah-olah ada pihak lain yang sengaja mahu sabotaj mereka 

Mereka seharusnya lebih bersikap profesional terhadap keputusan yang telah dibuat oleh wakil-wakil pegawai SPR. Sikap suka menunding jari dan tidak mahu mengakui kesilapan sendiri adalah modal politik oleh parti pembangkang setiap kali PRU dijalankan. Bagaimana PH mahu meyakinkan rakyat yang kononnya matlamat utama mereka mahu mengubah Negara Malaysia kepada Malaysia yang lebih baik jika calon-calonnya tidak mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...