Baru-baru ini RUU Antiberita Palsu ini telah pun diluluskan di Parlimen. Terbukti pihak pembangkang terutamanya Pakatan Harapan yang jelas menentang akta berkenaan dilaksanakan.
Berbeza pula dengan PAS yang menyatakan mereka bersetuju dengan penggubalan RUU Antiberita Palsu tersebut kerana kini terlalu banyak berita atau cerita yang dibuat-dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hanya untuk menjatuhkan sesebuah pihak.
PAS telah tampil dan memberi 10 sebab mereka menyokong usaha kerajaan untuk menggubal Rang Undang-Undang tersebut. Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz iaitu Anggota Parlimen PAS dari Pasir Mas menjelaskan 10 sebab tersebut.
Pertama, (Rang Undang-undang) itu asas agama. Kepalsuan dan penipuan adalah fitnah yang menghancurkan masyarakat dan negara. Fitnah di Negara ini sangat berleluasa sehingga tidak mampu dibendung. RUU Antiberita Palsu ini dilihat satu langkah untuk menangani masalah berkenaan.
Kedua, ia diharap mampu menyekat mereka yang menjadikan penyebaran berita tidak benar sebagai hobi kehidupan. Ketiga, ia diharap mampu menyekat parti-parti politik dan media daripada menjadikan berita tidak benar sebagai senjata untuk menentang kebenaran.
Keempat, ia mampu mendidik rakyat agar mencintai dan menjunjung kebenaran serta membenci kepalsuan. Kelima, ia mampu menyelamatkan mangsa daripada menanggung bebanan kena fitnah.
Keenam, ia akan meluaskan dan memudahkan langkah perjuangan PAS yang sentiasa menjadi mangsa berita tidak benar. Dengan undang-undang ini, PAS lebih sejahtera, insya Allah. Ketujuh,Rang Undang-undang itu sepatutnya telah lama diwartakan sebagai sebuah undang-undang yang tegas.
Kelapan, PAS bersih daripada menjadikan fitnah sebagai senjata. Ia haram dalam agama. Matlamat tidak menghalalkan cara. Adapun parti-parti lain, amat memalukan apabila mereka menjadikan sebaran berita palsu sebagai senjata untuk menyerang musuh. Justeru PAS menyokong penuh RUU ini.
Kesembilan, penyalahgunaan undang-undang ini oleh pihak pemerintah, walaupun dibimbangi dan dikesali, tidak boleh menjadi sebab untuk menolak benarnya undang-undang ini. Ia mesti disokong. Kesepuluh, ia memperkasakan agama Islam sebagai pembawa berita benar dunia dan akhirat.
Fitnah dan berita palsu ini telah terbukti telah membuat Negara menjadi semakin kucar-kacir kerana rakyat di Negara ini mudah terpengaruh dengan agenda-agenda jahat terutamanya dari pembangkang. Selepas RUU Antiberita Palsu ini dilaksanakan diharap pada masa akan datang tiada lagi penyebaran berita palsu secara berleluasa.
No comments:
Post a Comment