Semalam, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)
mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM dan memberikan tempoh
30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan yang diperlukan atau
berdepan pembubaran.
Walau bagaimanapun arahan itu seolah-olah dipermainkan oleh
pemimpin-pemimpin parti itu. Dalam perkembangan terbaru itu, PPBM tidak akan
menghiraukan arahan ROS walaupun diarahkan supaya mematuhi arahan pembubaran
sementara.
Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa notis yang
dihantar oleh ROS menggunakan ayat yang mengelirukan dan melucukan. Jelas
sekali ini tindakan ini hanya alasan dan mainan PPBM untuk memberi gambaran
bahawa mereka di pihak yang betul sedangkan terbukti PPBM telah melanggar
syarat-syarat yang ditetapkan dalam Akta Pertubuhan 1966.
PPBM juga menganggap, perintah yang disampaikan oleh ROS itu
adalah dianggap sebagai tidak sah dengan menyalahkan ROS. Ternyata bila sudah
membuat kesilapan, PPBM dilihat tidak mahu mengakui kesilapan yang mereka
lakukan sendiri dan kini pula mahu meletakkan kesalahan itu ke atas tindakan
ROS.
Pendek kata, dalam isu ini hal-hal ini tidak akan berlaku ke
atas PPBM andainya pemimpin-pemimpin memenuhi syarat-syarat dan permintaan ROS.
Bak kata pepatah Melayu, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Itulah
yang dilakukan oleh PPBM kini dalam isu pembubaran parti itu kini. Realitinya
sikap tidak mahu menerima hakikat kesilapan mereka bukti parti ini angkuh dan
bongkak!
No comments:
Post a Comment