Rata-rata ahli DAP dari akar umbi marah dan terkilan dengan keputusanDAP Pusat yang diketuai oleh 'Dynasty LIM' mengenai persetujuan mereka untuk menggunakan logo parti PKR dalam PRU-14 ini.
Ahli-ahli yang marah ini menyalahkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng atas tindakan bodoh mereka. Apa yang tidak boleh diterima mereka adalah keputusan tersebut seolah-olah telah menjatuhkan maruah DAP dengan serendah-serendah kedudukan dalam arena politik Malaysia.
Mereka rasa tersinggung disebabkan selepas 60 tahun berkecimpung di dalam dunia politik di Malaysia, DAP tidak pernah gagal menggunakan lambang roket mereka.
Akan tetapi kerana kerakusan pemimpin DAP Pusat yang dikatakan telah dibeli oleh Mahathir, mereka merelakan maruah DAP dijaja dan dipersenda oleh masyarakat.
Ahli DAP sedar, bahawa masyarakat di Malaysia tentu beranggapan DAPsudah hilang taring kerana sanggup tunduk dengan desakan parti lain. Mereka hanya mahu menggadaikan maruah semata-mata hanya mengejar undi Melayu yang belum tentu menyebelahi mereka pada pilihanraya kali ini.
DAP juga sepatutnya sedar bahawa selama ini mereka menang atas bantuan undi PAS yang telah bekerjasama dengan mereka dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR). Akan tetapi bagi menempuh cabaran pilihanraya pada kali ini, DAP terpaksa meletakkan maruah mereka di peringkat paling bawah kerana berkawan dengan Mahathir.
No comments:
Post a Comment