Friday, 20 April 2018

PH SELANGOR BERGOLAK, PENGARAH PILIHAN RAYA PAN SELANGOR UMUM LETAK JAWATAN





Baru sahaja gabungan parti pembangkang mengumumkan bahawa mereka sudah memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

Selang 2 hari dari pengumuman yang dibuat oleh Azmin Ali itu, Pengarah Biro Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin, didakwa meletakkan jawatan. Hal ini sekaligus telah menunjukkan bahawa Pakatan Harapan Selangor (PH) sedang menghadapi konflik dalaman soal pengagihan kerusi DUN di Selangor. 

Difahamkan, tindakan beliau itu ada kaitan dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berikutan parti serpihan PAS itu hanya mendapat 10 kerusi berbanding 13 kerusi yang diminta dan perkara itu disahkan Ketua Pemuda PAN Selangor, Abbas Azmi. 

Situasi ini jelas menunjukkan PH Selangor masih tidak ada kesepakatan didalam pengagihan kerusi dan kemungkinan selepas ini bakal wujud lagi ahli-ahli PH yang akan membuat tindakan yang sama kerana tiadanya tolak ansur di antara satu sama lain. 

Sekiranya PH mahu mentadbir Selangor dengan baik, mereka perlu lebih bersifat terbuka dan tidak menindas parti-parti yang lain. Hal ini kerana mereka adalah satu gabungan jadi mereka seharusnya mewujudkan persefahaman yang baik di antara mereka supaya segala perancangan mereka untuk membantu rakyat Selangor akan berjalan dengan lancar dan teratur. 

Kelemahan yang ditunjukkan oleh PH Selangor ini membuktikan bahawa mereka sebenarnya masih belum bersedia untuk mentadbir Selangor. Pergolakan yang berlaku di antara mereka ini bakal merencatkan perancangan mereka untuk kekal mentadbir Selangor.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...