DAP telah membuat satu keputusan di luar jangkaan apabila mereka telah bersetuju untuk bertanding pada PRU-14 dengan hanya menggunakan satu logo iaitu logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya adakah DAP mempunyai muslihat besar setelah bersetuju untuk pinggirkan logo “roket” pada PRU-14 ini.
Pakatan Harapan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka cuma akan menggunakan satu logo sahaja semasa PRU-14 nanti iaitu logo PKR. DAP juga telah bersetuju untuk memilih logo PKR sebagai logo yang akan menjadi panji perjuangan mereka nanti.
Dalam persetujuan itu juga, ada segelintir ahli DAP yang nyata tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana logo roket sememangnya adalah identiti bagi parti DAP. Mengangkat logo PKR sebagai logo rasmi pakatan harapan pada PRU-14 ini seolah telah menggadaikan maruah mereka sendiri.
Adakah keputusan pelik DAP ini hanyalah untuk meraih dan mendapatkan sebanyak mungkin undi dari kaum Melayu. Kerana semua sedia maklum bahawa sebahagian besar ahli DAP adalah dari kaum Cina. Hal ini kerana mereka sedar bahawa selagi mereka tidak berjaya untuk mendapatkan majoriti undi dari orang Melayu, mereka tidak akan berjaya untuk menumbangkan kerajaan.
Berkenaan dengan calon Perdana Menteri pula, keputusan DAP untuk bersetuju memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri juga adalah keputusan yang penuh dengan tanda tanya. Bagaimana Lim Kit Siang sendiri telah menyokong sepenuhnya keputusan tersebut sedangkan beliau sedar dan kenal Tun Mahathir mahu menjadi PM adalah kerana mahu menyelamatkan kerjaya politik anaknya, Mukhriz.
Dalam situasi ini apa yang boleh dilihat ialah bagaimana licik dan hebatnya permainan politik DAP. Mereka menggunakan Tun Mahathir sebagai senjata untuk meraih undi orang Melayu yang banyak. Tun Mahathir cukup berpengaruh di Negara ini kerana pengalamannya menjadi PM selama 22 tahun.
Dengan ini jelaslah bahawa walaupun logo yang digunakan adalah logo keadilan namun dibelakangnya tetap ada DAP. DAP mempunyai pemimpin-pemimpin yang sangat licik untuk mengelirukan rakyat. Jadi sebagai rakyat, buatlah pilihan yang bijak pada PRU-14 nanti dengan mengundi Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment