Wednesday, 11 April 2018

PAKATAN PEMBANGKANG SEBENARNYA TIDAK SEPAKAT ISU LOGO



Tindakan DAP Sarawak kekal menggunakan logo roket untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menunjukan berlakunya keretakan yang cuba disembunyikan gabungan pembangkang PKR di Semenanjung.

Penggunaan logo masing-masing dalam gabungan di negeri terbesar di Malaysia itu membuktikan DAP merupakan parti paling dominan manakala PKR, PAN dan PPBM yang dibubarkan sementara sekadar parti yang tiada pengaruh.

Atas sebab itu, penggunaan logo PKR mencemaskan DAP Sarawak kerana keputusan itu boleh menyebabkan mereka kehilangan undi serta sokongan daripada masyarakat Cina di kawasan bandar.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bertindak sedemikian kerana menyedari keperluan untuk berterus-terang kepada penyokong mereka bahawa parti DAP adalah lebih dominan berbanding parti-parti lain.

DAP Sarawak menyedari langkah penggunaan logo PKR boleh menyebabkan mereka tewas dalam PRU-14 kerana hanya simbol roket boleh dijual berbanding logo PKR di Sarawak.

Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching memutuskan DAP kekal menggunakan logo roket manakala PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) Sarawak pula akan menggunakan logo PKR.

Berdasarkan kepada situasi terkini di Sarawak, jelas sekali Pakatan Harapan tidak sepakat dalam isu penggunaan satu logo. DAP Sarawak jelas tidak berpuas hati dengan keputusan Pakatan Harapan (PH)untuk menggunakan logo PKR.

Di sini jelas menampakkan bahawa DAP tidak percaya kepada parti komponen dalam PH dan lebih mementingkan diri sendiri. Adakah ini yang diuar-uarkan Pakatan Harapan sebagai pakatan yang ampuh dan sepakat? Jawapannya ialah bohong dan mereka berpecah belah!



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...