Wednesday, 4 April 2018

MENTERI BESAR PEREBUTAN JAWATAN PERAK PPBM VS AMANAH SIAPA LEBIH LAYAK?






Perak sekarang ditadbir oleh parti BN setelah berjaya mengambil alih dari PAKATAN RAKYAT yang sebelum ini menguasai Perak buat semantara waktu. Perubahan berlaku kerana ada antara adun PKR yang berpihak kepada BN dalam PRU 13 yang lalu. Dengan majoriti yang lebih berpihak kepada BN mereka berjaya membentuk kerajaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan pimpinan Dato Sri Nizar pada waktu itu enggan melepaskan jawatan MB Perak dan sanggup mengadakan persidangan di bawah pokok. Persidangan ini melakar sejarah penting dalam arena politik tanah air dan dewan undangan negeri Perak pada masa itu. Mereka sanggup mengadakan persidangan di bawah pokok dan menganggap ianya dewan semantara undangan negeri Perak.

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP dihalang daripada mengadakan sidang dalam bangunan kerajaan negeri menjelang PRU 14 akan datang. Jawatan MB Perak sekarang telah menjadi rebutan antara Dato Sri Nizar (AMANAH) dan Ahmab Faizal Azumu (PPBM). Dato Sri Nizar merupakan bekas MB sebelum BN mengambil alih dari PKR yang telah mengadaikan tanah Perak dan member pajakan 999 tahun kepada kampung Baru Cina.

Ahmad Faizal Azumu pula adalah pengerusi BERSATU Perak dan merupakan calon untuk menjawat MB perak sekiranya PH menang dalam pilihanraya ke 14 nanti. Untuk makluman bahawa pelantikan beliau sebagai pengerusi BERSATU Perak telah mandapat tentangan dari 16 bahagian . Ini adalah kerana mereka menganggap Faizal seorang yang tidak mengutamakan kepentingan parti berikutan latarbelakang beliau. Sikap beliau yang sombong dan angkuh serta memilih jawatan dan kawasan yang kuat sahaja untuk bertanding.

Ini kerana beliau merupakan menantu Datuk Radzi Manan iaitu ketua bahagian UMNO Kampar merangkap pengerusi biro latihan BN Perak dan abang ipar kepada Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang merupakan Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Komunikasi negeri Perak. Ditakuti akan menjadi api dalam sekam dan tidak mempercayai kesetiaan beliau dalam parti BERSATU.

Adakah Faizal layak menjadi MB Perak, ahli BERSATU Perak sendiri mengetahui siapa beliau yang sebenarnya dan bagaimana sikap dan peribadinya akan melayakkan menjadi MB. Dato Sri Nizar juga dilihat seorang yang berkebolehan dalam menjawat jawatan MB walaupun beliau digelar menteri pasola. Rakyat Perak sendiri mengetahui siapa yang layak untuk jawatan MB Perak dan jangan dilupa khidmat BN terhadap rakyat Perak. Daripada terus bergaduh dan berebut kuasa lebih baik kekalkan sahaja Dato Sri Zamri yang sentiasa dekat dihati rakyat.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...