Wednesday, 4 April 2018

ZAID IBRAHIM TIDAK DIPEDULIKAN DAP


Ahli baru DAP yang baru menyertai Parti DAP iaitu Datuk Zaid Ibrahim jelas berada dalam kemurungan apabila niatnya menyertai parti itu dengan tujuan semata-mata mahu mendapatkan kerusi di bawah tiket DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak kesampaian.

Namun yang demikian, matlamat Zaid dilihat makin samar dan tidak jelas apabila DAP memilih untuk meminggirkannya daripada mengambilnya untuk bertanding sebagai wakil calon parti DAP PRU-14 nanti. 

Ini kerana Zaid Ibrahim kini tidak dipedulikan pihak DAP walaupun dia adalah merupakan ahli DAP. Pemimpin-pemimpin DAP langsung tidak mengendahkannya dan lebih mementingkan pemimpin DAP yang berpengaruh serta menjadi pilihan keluarga Lim Kit Siang. 

Realitinya ini lah nasib orang Melayu dalam parti DAP yang mana orang Melayu yang bersama parti ini tidak akan mendapat tempat dalam kalangan pemimpin DAP termasuk mendapatkan kerusi dalam mana-mana kawasan Pilihan Raya Umum melainkan ada kepentingan tersembunyi. 

Luahan hati kekecewaan Zaid Ibrahim itu disampaikan kepada seorang pemimpin Kanan Parti PAN yang mana jika parti DAP, PAN dan PPBM tidak memberi sebarang kerusi kepadanya untuk bertanding, dia mahu melompat parti ke BN. Kini Zaid sudah tersepit dalam dunia politik yang akhirnya merugikan dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...