Bekas ahli DAP, Teh Yee Cheu yang juga wakil rakyat Tanjung Bungah mengajak penduduk negeri ini melakukan ‘reformasi kedua’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Teh Yee Cheu secara rasmi meninggalkan DAP semalam dan mahukan reformasi berlaku di negeri pulau mutiara itu bagi memastikan wujudnya elemen semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini dilihat berat sebelah dan hanya dimonopoli satu parti sahaja iaitu DAP.
Dalam hal ini perubahan ini perlu dilakukan dan lebih banyak suara pihak ketiga diperlukan di negeri ini supaya pandangan rakyat dapat didengari, selain mengelak wujudnya sikap monopoli dalam pentadbiran negeri.
Tuntutan perubahan itu dibuat Teh Yee Cheu adalah bertujuan agar rakyat dapat membuat penilaian dengan bijak dalam menentukan wakil rakyat yang akan mewakili mereka pada pilihanraya akan datang.
Yee Cheu sebelum ini mengumumkan beliau akan meninggalkan DAP yang disertainya sejak tahun 2000 sebaik sahaja Parlimen dibubarkan selepas mengakui tidak lagi selari dengan perjuangan parti berkenaan khususnya dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Beliau juga antara wakil rakyat DAP yang lantang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri khususnya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk bersetuju supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan kerana dituduh rasuah dan mendesak supaya jawatan Ketua Menteri dihadkan hanya dua penggal.
Ekoran kelantangannya itu, Yee Cheu ditekan kerajaan negeri dan pemimpin DAP termasuk disekat peruntukan bagi pusat khidmatnya, selain kakitangannya turut dipecat.
Menyedari nasibnya dalam DAP tidak mendatangkan kebaikan padanya, Teh Yee Cheu akan menyertai parti baharu yang akan diumumkan kelak dan bertanding kerusi DUN Sungai Pinang pada pilihanraya umum akan datang bagi memperjuangkan perubahan dalam pentadbiran Pulau Pinang.
Jelas di sini parti DAP adalah sebuah parti yang tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya parti ini penuh dengan sifat pemimpin yang hanya mahu mengawal wakil rakyatnya.
Jesteru itu, tidak mustahil kita lihat, ramai pemimpin DAP memberontak kerana mahu melakukan perubahan dalam DAP dan menolak corak pentadbiran dinasti Lim dalam DAP.
No comments:
Post a Comment