Monday, 16 April 2018

PENGUMUMAN CALON PAKATAN HARAPAN DI PAHANG DICEMARI ARAK!


Upacara pengumuman calon Pakatan Harapan untuk Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar, bertempat di Restoran Golden Empire Palace, Tanjung Lumpur dicemari dengan hidangan minuman keras dan arak. 

Amat menyedihkan, semasa berlangsungnya upacara tersebut dikhabarkan minum keras disajikan kepada hadirin yang hadir pada program tersebut. Program ini sepatutnya mengambil kira sensiviti agama Islam kerana dalam program sebegini seeloknya ia dijalankan secara formal tanpa penyediaan sebarang minuman keras untuk menghormati agama Islam di negara ini khususnya para hadirian yang beragama Islam di dalam acara tersebut. 

Dalam hal ini, mengapa perlu adanya hidangan minuman keras sewaktu pengumuman calon dibuat Pakatan Harapan. Mengapa ianya tidak dijalankan secara tertib dan berhemah tanpa alkohol. Agak pelik, apakah pimpinan Pakatan Harapan yang beragama Islam langsung telah hilang rasa malu? Adakah penganjur langsung tiada rasa hormat kepada penyokong Pakatan Harapan yang beragama Islam yang turut hadir ke situ? 

Program sebegini diharap dapat memberi pengajaran besar kepada semua. Sudah pasti ramai yang dapat meramal kesan daripada sikap acuh tidak acuh Pakatan Harapan dalam hal ini. Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika Pakatan Harapan menerajui Putrajaya, dalam keadaan sekarang pun mereka sudah menghina keberadaan umat Islam dan tidak menghormati Islam dalam majlis sekecil ini. Tolak perjuangan Pakatan Harapan yang tidak tahu menjaga sensiviti Islam.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...