Monday, 2 April 2018

SELEPAS HIMPUNAN KUNING, HIMPUNAN TOLAK GST PULA GAGAL!





Pakatan Harapan (HARAPAN) telah melancarkan kempen anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April bersempena ulang tahun pelaksanaan cukai itu dengan tema “Rakyat Tolak GST”. Ia telah dilansungkan di hadapan pusat membeli – belah SOGO dan telah diketuai oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Namun semasa hari berlansungnya perhimpunan tersebut, sangat menyedihkan apabila perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan tersebut tidak mendapat sokongan rakyat dalam erti kata lain perhimpunan ini telah gagal. Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kempen anti-GST ini dianjurkan bagi menyuarakan rasa tidak puas hari dan protes rakyat terhadap pelaksanaan cukai tersebut.

Kempen tolak GST ini diadakan pada 1 April adalah kerana mereka mahu menyambut ulang tahun perlaksanaan GST di Negara ini dengan slogan “Rakyat Tolak GST”. Salah satu tujuan kempen ini dilancarkan adalah untuk cuba menghasut rakyat kononnya GST adalah punca kepada kenaikan kos sara hidup.

Baru-baru ini Pakatan Harapan juga telah mengadakan perhimpunan seumpama ini yang dinamakan sebagai “BERSIH”. Perhimpunan BERSIH tersebut diadakan adalah sebagai tanda protes terhadap usul Rang Undang- Undang Persempadanan semula yang dilakukan di Parlimen pada tempoh hari. Namun perhimpunan yang dijangka mendapat sokongan lebih daripada 1000 telah mendapat sambutan yang sangat hambar. 

Semasa kempen tolak GST berlansung, mereka telah menggunakan slogan ‘Tolak-tolak, tolak GST’, penyokong kempen tersebut bersorak dengan penuh semangat di hadapan pusat beli-belah Sogo, tetapi hakikatnya bilangan mereka boleh dikira dengan jari, pengunjung cuma mahu menikmati lagu yang dimainkan oleh penyanyi busker.

Lebih menghairankan, semasa salah seorang penyokong bersorak ‘apa yang kita mahu’, semua tiba-tiba senyap seperti tidak tahu-menahu apa yang diperjuangkan. Kali kedua mereka bersorak ‘siapa Perdana Menteri kita, dua orang sahaja yang menjawab Tun Dr. Mahathir Mohamad, jelas menunjukkan ramai yang tidak menyokong pelantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Jika dilihat pada sambutan rakyat terhadap perhimpunan serta kempen- kempen sebegini yang telah dianjurkan oleh Pakata Harapan, rakyat ternyata sudah naik bosan dan muak dengan agenda politik mereka. Tindakan mereka yang dilihat hanya mahu memperbodohkan rakyat dengan mengadakan perhimpunan sebegitu yang jelas ia telah menjadi satu kesalahan kerana mengganggu kententeraman orang awam.

Selain itu, ia dilihat hanya mahu memperbodohkan rakyat sahaja supaya rakyat terus membenci kerajaan untuk memberi Pakatan Harapan peluang untuk menang pada PRU-14 akan datang. Ini adalah salah satu kempen dari mereka untuk terus memesongkan pemikiran rakyat dan memberikan persepsi buruk terhadap GST yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. 

Secara jelas ini adalah salah satu tanda atau mesej dari rakyat bahawa mereka tidak memerlukan Pakatan Harapan untuk mencorak masa depan Negara sebaliknya mereka lebih yakin dan percaya kepada kerajaan yang sedia ada. Rakyat sudah tidak sanggup diperbodohkan lagi oleh mereka yang hanya sibuk berpolitik seterusnya mengabaikan perjuangan mereka untuk membela nasib rakyat.







No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...