Tuesday, 3 April 2018

STRATEGI TUKAR-TUKAR KERUSI SETIAP KALI PRU, BUKTI PEMBANGKANG TIDAK SETIA & KHIANATI RAKYAT



Percaturan politik pemimpin parti pembangkang yang sering bertukar-tukar kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) disifatkan sebagai mengkhianati kesetiaan dan sokongan pengundi yang memilih mereka menjadikan wakil rakyat sebelum ini.

Perbuatan itu sudah menjadi trend pembangkang sejak dulu, sekali gus membuktikan mereka tiada keyakinan untuk mempertahankan kerusi disandang.

Masih mahukah rakyat memilih wakil rakyat sebegini? Yang sering bertukar kawasan dan apabila sudah tidak mampu menunaikan tanggungjawab di kawasan mereka memilih untuk menukar kawasan.

Dalam hal ini, sudah ada bunyi-bunyi rungutan dari rakyat yang mempersoalkan sumbangan dan jasa yang dilakukan wakil rakyat pembangkang yang hanya sibuk dengan media sosial, sekadar bercakap sahaja walaupun sudah dua penggal memegang jawatan.

Kalau turun padang hanya simbolik dan gimik mereka sahaja. Mereka mengambil jalan mudah iaitu mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial tanpa memberi perkhidmatan yang sepatutnya. Rakyat dimanipulasi dengan gambar yang diambil seolah-olah mereka sedang membuat kerja walhal ianya cuma simbolik dan gimik mencari publisiti murahan.

Buktinya sudah ada dalam kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan seperti Lim Kit Siang (DAP) yang bertukar kawasan dari Perak ke Johor,  begitu juga Yeo Bee Yin (DAP) dari Selangor ke Johor dan dipercayai Nurul Izzah Anwar (PKR) pula bakal beralih arah untuk bertanding di Parlimen Pandan menggantikan Rafizi Ramli pada PRU kali ini.

Jelas di sini, matlamat mereka bukannya berkhidmat untuk rakyat tapi hanya mahu mencari tempat selamat untuk menang pilihan raya itu keutamaan mereka. Buat rakyat, undi di tangan anda. Anda yang menilainya dan keputusan di tangan anda.




No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...