Wednesday, 4 April 2018

PEMIMPIN UTAMA PAKATAN HARAPAN SALAHKAN RAKYAT SABAH, SARAWAK MALAS SEBAGAI FAKTOR KEMUNDURAN NEGERI ITU DI ERA PEMERINTAHANNYA



Pemimpin utama Pakatan Harapan akhirnya memberi jawapan mengapa Sabah dan Sarawak kurang maju berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Pengakuan mengejutkan itu jelas menunjukkan sikap pemimpin itu yang memandang rendah kemampuan rakyat Sarawak dan Sabah. 

Baginya, sebab utama Sabah dan Sarawak kurang maju berbanding dengan Semenanjung Malaysia ketika zaman Mahathir selaku PM akhirnya telah dijawab oleh Tun Mahathir sendiri baru-baru ini. 

Beliau memberi alasan rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai mentaliti yang lemah dan tidak cukup bekerja kuat. Baginya rakyat Sabah dan Sarawak perlu bekerja lebih keras untuk mengurangkan jurang ekonomi dengan semenanjung. 

Mahathir mendapati yang mentaliti orang Sabah dan Sarawak ini adalah biasanya mereka cenderung mencari jalan mudah. Beliau tidak mahu orang ramai menyalahkannya kerana telah mengabaikan Sabah dan Sarawak sepanjang beliau menjadi PM serta tindakannya mengurangkan peruntukan atau bajet untuk Sabah dan Sarawak. 

Bagi Mahathir pembinaan infrastruktur di Sabah dan Sarawak ketika zamannya itu tidak ekonomik disebabkan keluasan yang besar berbanding jumlah penduduk yang sedikit di kedua-dua negeri tersebut. 

Namun Mahathir cukup berterima kasih kepada Sabah dan Sarawak atas sumber kekayaan mereka yang telah menjadi penyumbang besar terhadap projek-projek yang dilaksanakannya di Semenanjung Malaysia, seperti Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang, serta banyak lagi projek mega yang lain namun hanya boleh dinikmati oleh sesetengah golongan orang, bukan semua. 

Penghinaan terbaharu bekas Perdana Menteri itu terhadap rakyat Sabah dan Sarawak dengan mengatakan rakyat negeri tersebut malas dan mempunyai mentaliti rendah ternyata menguris hati rakyat Sabah dan Sarawak. Mungkin pemimpin utama Pakatan Harapan itu tidak sedar dan lupa bahawa Sabah dan Sarawak adalah penyumbang utama kepada ekonomi negara .


No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...