Friday, 13 April 2018

DAP AMBIL KESEMPATAN UNTUK GUNA LOGO PKR BAGI KABURI ORANG MELAYU


Tindakan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) disifatkan hanya bertujuan mengaburi pengundi khususnya dari kawasan luar bandar.

Tindakan itu juga bagi menarik undi Melayu memandangkan DAP yang merupakan sebahagian daripada PH, kurang mendapat sokongan masyarakat Melayu.

DAP akan ditolak oleh pengundi Melayu di kawasan luar bandar dan Felda, jadi kali ini mereka melihat peluang menggunakan logo PKR sebagai faedah kepada mereka untuk meraih undi Melayu khususnya di pedalaman.

Muslihat yang digunakan DAP jelas bertujuan untuk mengaburi orang Melayu. DAP dilihat hanya pandai mengambil kesempatan ke atas isu ini demi kepentingan diri mereka. 

Mereka sanggup mengadai maruah demi untuk mendapat undi Melayu tanpa menghiraukan perasaan penyokong mereka.

Adalah diharapkan agar pengundi di luar bandar dan juga kawasan tanah rancangan Felda tidak tertipu dengan taktik yang digunakkan pakatan ini kerana akhirnya ia akan menguntungkan sebelah pihak sahaja. 

Jangan masuk dalam perangkap DAP. Undi PKR sama juga dengan Undi DAP!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...