Friday, 2 February 2018

SEMAKIN HAMPIR PADA PRU SEMAKIN MENJADI-JADI FITNAH PEMBANGKANG



Bila tarikh PRU semakin hampir semakin banyak persepsi dan berita buruk yang disebarkan dari kem pembangkang. Namun fitnah yang dikeluarkan itu terus tersebar di media arus perdana oleh kerana negara kita mengamalkan sistem terbuka terhadap pengamal media dan jarang sekali mengambil tindakan kecuali berita tersebut menyerang pemimpin dan keselamatan negara.

Nurul Izzah dalam kenyataan terbarunya menuduh Pilihanraya Umum akan datang merupakan pilihanraya paling buruk pernah diadakan di negara kita. Kenyataannya itu mengungkap semula serangan dari ayahnya Nurul Izzah iaitu Anwar Ibrahim yang dengan lantangnya menuduh Jabatan Perdana Menteri mengatur kemasukan pekerja asing Bangladesh seramai 40,000 orang untuk dijadikan pengundi hantu pada PRU-13 yang lepas.

Tuduhan tersebut menyebabkan rakyat gelisah terutamanya dikalangan penyokong pembangkang. Mereka khuatir dengan 40,000 orang pengundi hantu itu calon mereka kalah dan Anwar Ibrahim gagal untuk menjadi Perdana Menteri. Namun hakikatnya, satu laporan polis pun tidak pernah dibuat oleh Anwar Ibrahim dan penyokongnya. Pada PRU sedang berjalan, habis semua pengundi yang mempunyai identiti dan raut wajah yang menyerupai warga Bangladesh dinafikan hak mereka untuk membuang undi. Ada yang ditahan dan ada yang di soal siasat penyokong pembangkang tanpa kuasa yang sah.

Bila pembangkang dan hanya dapat undi popular dan hanya dapat menubuhkan kerajaan di 4 buah negeri, Anwar Ibrahim sekali lagi menuduh berlaku terputus bekalan elektrik di sebuah pusat pengiraan undi pada malam pengundian yang menyebabkan calon pembangkang kalah. Anwar Ibrahim sekali lagi mengheret penyokongnya ke jalanraya untuk menghadiri perhimpunan Blackout 505 yang pada dasarnya adalah propaganda palsu darinya dan salah satu cara pembangkang menimbulkan kemarahan rakyat kepada rakyat kerana kononnya sistem pilihanraya sudah tercemar pada masa itu.

Walau apa pun tuduhan pembangkang kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Kerajaan, PRU-14 akan terus dilaksanakan dan kerajaan tidak pernah berhenti untuk menjemput para pemerhati dari luar negara untuk menyaksikan ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia. 

Sistem demokrasi di Malaysia adalah telus dan tidak pernah memihak kepada sesiapa. Kerajaan yang bakal dibentuk pada setiap kali selesai pilihanraya adalah berpandukan kepada kerusi Parlimen dan DUN yang paling banyak dimenangi oleh sesebuah parti dan bukannya berpandukan undi popular sebagaimana pilihanraya yang dilakukan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dan sebagainya.

PAKATAN HARAPAN sebenarnya risau dan gelisah pencapaian mereka sejak kebelakangan ini kerana gabungan mereka nampak huru hara sejak PAS tidak bersama. Kebencian rakyat pada PH bertambah apabila PPBM dan PAN pula ditubuhkan untuk menyelamatkan Malaysia. Namun pada hakikatnya misi mereka bakal terkubur kerana asas perjuangan mereka kabur dan masing-masing mempunyai agenda kepentingan peribadi.

TOLAK MAHATHIR DAN PAKATAN HARAPAN PADA PRU-14

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...