Esok adalah tarikh akhir bagi peringkat negeri untuk memuktamadkan jumlah agihan kerusi buat parti komponen Pakatan Harapan Negeri. Sehari sebelum tarikh akhir rundingan kerusi Pakatan Harapan peringkat negeri, masih belum jelas sama ada rundingan ini sudah diselesaikan.
Difahamkan negeri yang belum memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi masa sehingga esok untuk berbuat demikian, manakala Selangor sehingga 26 Februari ini.
Ternyata rundingan ini seolah-olah belum mencapai penyelesaian sebaik mungkin dan terganggu dengan banyak insiden yang memperlihatkan tentangan ahli yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi kepada parti komponen dalam Pakatan Harapan.
Baru-baru ini negeri seperti di Kelantan, Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan menerima kecaman daripada parti PPBM dan PAN mengagihkan kerusi secara tidak sama rata. Perkara ini menyebabkan ahli parti menuntut agar agihan kerusi diberi secara adil dan telus tetapi perkara sebaliknya yang berlaku
Tidak mustahil isu ini akan berlanjutan sampai bila-bila masa walaupun pemimpinnya sangat kerap mengadakan mesyuarat untuk tujuan menyelesaikan kemelut ini. Namun yang demikian hasil mesyuarat masih belum jelas dan esok adalah tarikh akhir buat Pakatan Harapan negeri memuktamadkan agihan kerusi di negeri masing-masing.
Andai kata putus tidak dibuat lagi dan dilanjutkan lagi ternyata, Pakatan Harapan sebenarnya adalah pakatan pembangkang yang tidak mempunyai pendirian dan tidak muafakat.
No comments:
Post a Comment