Benarkah Dr Mahathir Mohamad komited dengan agenda reformasi yang dibawanya bersama Pakatan Harapan? Apa sebab Anwar Ibrahim sangat percaya kepada seorang pemimpin yang pernah menjatuhkan beliau dan melabelnya sebagai seorang peliwat sehingga boleh mempertahankan Dr Mahathir!
Mungkin bagi menyedapkan hatinya, Anwar terpaksa menyokong Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu merupakan musuh politik utamanya hanya kerana mahu memastikan kelangsungan politik Pakatan Harapan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa Dr Mahathir tidak membuat sebarang kesilapan.
Dalam isu perbandingan pemimpin, Ketua Umum PKR itu cuba mempertahankan Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa Dr Mahathir tidak boleh disamakan dengan bekas pemimpin Zimbabwe Robert Mugabe, seperti mana yang dikatakan sesetengah pihak. Mahathir dan Mugabe masing-masing berusia 93 tahun dan dikatakan bersifat kuku besi ketika mentadbir negara.
Di era pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003, Dr Mahathir dilabel dengan pelbagai gelaran antaranya kepala perompak, kepala penyamun, Mahafiraun, Mahazalim dan banyak lagi oleh PKR dan DAP. Tapi kali ini, Anwar Ibrahim terpaksa membuat pusingan 'u' untuk mempertahankan Dr Mahathir walaupun ianya sukar diterimanya.
Pelik bagi Anwar untuk mempertahankan Dr Mahathir dalam hal ini. Anwar menjelaskan bahawa Dr Mahathir sudah cukup difitnah oleh kerajaan! Tapi ada satu soalan penulis kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya. Bagaimana pula dengan fitnah Dr Mahathir terhadap Anwar Ibrahim?
Anwar digelar peliwat dan dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika era Dr Mahathir. Sudah cukupkah Anwar difitnah dan diperlakukan seperti 'sampah' oleh Dr Mahathir. Segala usaha Anwar dan gerakan Reformasi kini hanya sia-sia kerana Dr Mahathir sudah berjaya memukau Anwar sehingga beliau memihak musuh utamanya.
No comments:
Post a Comment