Sejarah penubuhan Parti AMANAH NEGARA di Malaysia bermula dari tahun 2015, apabila PAS mengistiharkan tidak lagi berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) pada muktamar tahunan PAS . Akibat daripada penarikan diri dalam PR telah mengakibatkan perikatan ini terkubur yang mana PKR dan DAP mengharapkan sokongan penuh dari PAS. Wujudnya dua buah kumpulan dalam PAS yang mana satu menyokong dan satu lagi menolak dlam menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP. Perbezaan pendapat ini telah mengakibatkan pemimpin PAS yang tidak mendapat sokongan kekal dalam Pakatan Rakyat telah bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti AMANAH NEGARA bagi mengimbangi dan menarik sokongan golongan melayu dalam Pakatan Rakyat.
Seperti mana yang didakwa Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang, AMANAH merupakan satu parti yang menjadi punca memecahbelahkan melayu. Penubuhan parti ini juga bertitiktolak daripada satu kumpulan yang tidak menyokong pendirian parti dan menolak perjuangan yang diamalkan oleh PAS selama ini dalam memperjuangkan Islam di Malaysia. Menurut Presiden PAS golongan bermasalah dalam PAS selama ini telah keluar dengan sendirinya tanpa dipaksa,’ umpama duri dalam daging’, jadi daging busuk harus dibuang tinggal daging yang baik sahaja dalam memperjuangkan PAS pada landasan yang betul.
Bayangan perpecahan Melayu dapat dilihat dalam isu pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Johor dan Selangor. Perbuatan Amanah Johor telah memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) kerana tidak puas hati dengan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Johor merupakan "petanda awal" terhadap kewibawaan PH menghadapi pilihan raya itu. Isu kerusi pilihanraya juga hangat diperkatakan di Selangor yang mana Azmin mendakwa AMANAH tidak amanah dalam perbincangan kerusi pilihanraya di Selangor. AMANAH mendakwa tidak dibawa berbincang dan tidak mengetahui bahawa adanya pertemuan bagi membincangkan masalah pembahagian kerusi ini. Tindakan AMANAH mendakwa mahukan kerusi banyak di tempat-tempat yang diwakili oleh PAS sebelum ini.
Sebagai sebuah parti pecahan PAS, AMANAH seharusnya tidak melakukan provokasi terhadap parti Melayu sebaliknya menyokong dan bukan menjadi punca perpecahan Melayu. Dakwaaan PAS bertepatan selama ini yang mana semua ini akan menguntungkan pihak lain terutama DAP . Sedia maklum DAP merupakan penyokong kuat dalam penubuhan AMANAH sebelum ini, mengapa DAP berminat sangat dengan AMANAH. Adakah DAP melihat peluang dan ruang yang akan menguntungkan mereka seperti di Pulau Pinang. Adakah Pakatan Harapan dan sekutu yang lain tidak melihat punca perpecahan kaum melayu di sesetengah tempat semakin menampakan rekahan yang menanti masa sahaja akan runtuh dan terbelah.
Sekiaranya AMANAH merupakan parti yang memperjuangkan kepentingan kaum melayu dalam Pakatan Harapan mengapa tidak mereka menjadi satu parti yang berdiri atas kaki sendiri seperti PAS dan BN yang mengutamakan bangsa dan agama orang melayu serta tidak melupakan kaum lain yang sama-sama berjuang memartabatkan Malaysia dimata dunia.
Malaysia dikenali sebagai negara yang aman dan damai walaupun berbagai kaum hidup harmoni di bawah satu tampok peperintahan. Gelaran serta tomahan yang diberikan bukannya dari orang luar namun dari kalangan pemimpin parti yang mengelar diri mereka merupakan pembela bangsa dan agama, namun hakikatnya merupakan punca perpecahan kaum melayu. Mengapa bila tiba musim-musim pilihanraya sahaja berbagai tatabahasa yang tidak enak digunakan sedangkan yang diperkatakan tersebut dalam banyak-banyak hal adalah berkaitan Melayu. Sama-sama kita fikirkan mengapa semua ini terjadi di kalangan orang melayu sedangkan orang lain bertepuk tangan melihat perilakon manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka seorang cerdik pandai dalam isu politik negara.
No comments:
Post a Comment