Thursday, 15 February 2018

MUHYIDDIN PANGGIL ORANG MELAYU “BIADAP” SEBAB TAK NAK HORMAT DAP




Ambang PRU 14 semakin hampir, kesemua parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang pasti telah merancang strategi yang baik bagi meraih undi rakyat Malaysia untuk menang pada PRU nanti. Apa yang kita boleh lihat, kebanyakan parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan masa ini untuk turun ke seluruh Malaysia untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN). 

DAP baru - baru ini ingin membuat ceramah politik mereka di Kampung Bakar Batu di Johor Bahru. Namun mereka telah dikejutkan dengan sambutan “baik” penduduk kampung tersebut. Lim Kit Siang yang mengetuai parti tersebut telah diusir dan dihalau oleh penduduk kampung. Penduduk kampung nyata berang dengan kedatangan mereka yang berniat untuk mengkritik BN. 

Penolakan Lim Kit Siang ini bukti bahawa perjuangan DAP tidak diperlukan di sana. Mereka percaya DAP adalah sebuah parti Cauvanis dan akan mengancam kepentingan orang Melayu. Walaupun DAP berada dibawah panji-panji PH, ini membuktikan bahawa mereka lebih percaya dan yakin dengan BN untuk menjaga kebajikan mereka. 

Kekecohan sekali lagi berlaku kali ini di Pasir Gudang pula, Lim Kit Siang sekali lagi telah dihalau oleh penduduk setempat ketika mereka sedang mengadakan forum di sebuah kedai kopi. Ada individu yang telah menghalau Lim Kit Siang menggunakan penyapu kerana jelas mereka begitu benci kepada parti tersebut. 

Selepas insiden tersebut berlaku di dua lokasi iaitu Kampung Bakar Batu dan Pasir Gudang, video yang sempat dirakam berkenaan kekecohan tersebut terus tular di media sosial. Penolakan warga Johor Bharu terhadap DAP telah mendapat perhatian Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) iaitu Muhyiddin Yassin. Beliau dahulunya terkenal dengan sikap mementingkan hak orang melayu kali ini tampil berbeza. Beliau menggelar orang Melayu “biadap” kerana tidak menghormati DAP yang diketuai Lim Kit Siang itu. 

Kita sendiri sedia maklum bahawa DAP dan Lim Kit Siang terkenal dengan sikap anti-Melayu. Tetapi bagaimana seorang yang berbangsa Melayu, sanggup menggadaikan maruahnya dengan menghina orang Melayu sebagai “biadap” hanya untuk membela nasib individu yang berniat untuk memecah belahkan orang Melayu. Muhyiddin Yassin dilihat semakin lupa diri sebaik sahaja beliau keluar dari BN. 

Kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin itu jelas telah menunjukkan bahawa beliau adalah seorang “barua” DAP. Beliau sanggup menggadaikan maruah orang melayu kepada DAP. Apakah Muhyiddin Yassin kini telah berjaya di hasut oleh DAP sepenuhnya untuk menindas orang Melayu? Jika benar, pasti seluruh ahli DAP sedang bertepuk tangan dengan kejayaan mereka ini. 

Keberanian dan ketegasan warga Johor Bharu mempertahankan kampong mereka ini perlu kita contohi kerana mereka telah berjuang untuk menjaga maruah mereka dari diragut oleh bangsa lain. Undilah dan sokonglah kerajaan yang benar-benar ingin membela hak-hak orang Melayu. Di Malaysia ini sudah terbukti sejak merdeka lagi bahawa BN adalah satu-satunya kerajaan yang benar ingin berjuang untuk orang Melayu. Undilah BN demi kesejahteraan Negara kita.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...