Wednesday, 14 February 2018

BN BUKTIKAN KOMITED BERKERJA UNTUK RAKYAT MANAKALA PH BUKTIKAN SELALU ABAIKAN RAKYAT




Dalam kesibukan Barisan Nasional (BN) merangka rancangan untuk meneruskan usaha bagi memberi khidmat kepada rakyat, Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak pernah habis dengan drama-drama yang dibuat oleh mereka untuk memburukkan kerajaan. Sekaligus ini menunjukkan bahawa BN terus komited untuk menabur bakti kepada rakyat walaupun telah ditabur fitnah yang hebat dari pembangkang. 

PH lebih banyak member janji manis daripada menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Pada ketika ini, PH dilihat terlalu mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Ini secara tidak langsung telah bercanggah dengan perjuangan dan prinsip asal mereka yang ingin mengutamakan rakyat. Ternyata pembangkang hanya sebuah gabungan yang pandai membuat janji-janji kosong sahaja. 

Kita lihat sahaja apa yang telah berlaku di Negeri Sembilan pada minggu lepas, kekecohan telah berlaku kerana akar umbi PPBM jelas berasa tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi DUN dimana PKR dan DAP telah memonopolinya. Sebaliknya PPBM hanya diberikan kerusi yang paling sedikit dan kerusi “hitam” yang sukar untuk menang. 

Terbaru, berlaku pula perang mulut di antara Menteri Besar Selangor iaitu Azmin Ali dan juga Parti Amanah Negara (AMANAH) berkenaan rundingan kerusi di Selangor. Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim telah menggelarkan Azmin Ali sebagai “badut” . Beliau juga berkata Azmin Ali sememangnya tidak layak untuk memegang jawatan sebagai menteri besar dan juga Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu. Izham juga mendakwa Azmin telah berbohong dan Pakatan Harapan Selangor tidak pernah mengadakan sebarang rundingan berkenaan perkara tersebut. 

Jika kita bandingkan dengan Kerajaan BN, mereka lebih fokus kepada aspek kebajikan rakyat. Walaupun mereka sibuk dengan persediaan bagi menghadapi PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi, namun kerajaan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Sememangnya perjuangan BN dari dulu hingga kini masih belum tersasar dari landasannya. 

Sebagai contoh, Dato’ Seri Najib razak telah melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 dimana ia adalah pembaharuan yang dibuat oleh DSN untuk memperbaiki kelemahan dan member nafas baru kepada KR1M 1.0. Bagi KR1M 2.0 kerajaan telah menyasarkan untuk menjual lebih 50 barangan keperluan harian yang berjenama dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran. KR1M yang sebelum ini telah berkerjasama bersama MYDIN kali ini akan menjadikan Tunas Manja Group (TMG) dan KK Supermart sebagai rakan kongsi. 

Selain itu, DSN juga baru sahaja melancarkan FELDA 2.0 dimana ia adalah salah satu inisiatif untuk mentransformasi dan memberi wajah baru kepada 317 kawasan FELDA di Negara ini. Ia juga adalah strategi atau pendekatan 'terbuka dan terhubung' yang membawa lonjakan dalam komuniti FELDA bersesuaian dengan kemudahan-kemudahan teknologi semasa dan memenuhi aspirasi masa depan . Berbeza dengan pembangkang, berjanji mahu pulihkan FELDA dalam manifesto tetapi tidak melakukan apa-apa pun untuk orang FELDA. Mereka hanya pandai tabur fitnah sahaja. Bila kena saman, mereka kutip derma dari rakyat untuk tolong bayarkan fitnah mereka.

Kepincangan politik yang berlaku didalam Pakatan Harapan hari demi hari makin parah. Sekiranya hal ini terus menerus berlaku tanpa henti, reputasi PH akan terus merudum seterusnya akan memberikan kelebihan kepada Kerajaan BN untuk menang pada PRU nanti. PH yang diketuai DAP telah melalui pelbagai konflik dalaman dan menjadi makin parah selepas kehadiran Mahathir ke dalam PH. Rakyat lebih memilih sebuah parti yang benar - benar ingin memperjuangkan nasib rakyat. BN dilihat sebuah parti yang sangat kuat dan ampuh untuk ditumbangkan oleh pembangkang kerana BN sahaja parti yang mampu menunaikan segala janji yang mereka berikan. Rakyat harus sedar bahawa perjuangan PH sebenarnya bukanlah untuk memperjuangkan rakyat sebaliknya mereka mempunyai agenda politik yang tersirat. Undilah Barisan Nasional untuk Malaysia yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...