Suatu ketika dahulu Gerakan Reformasi Anwar Ibrahim dan Malaysian Malaysia DAP Lim Kit Siang beria-ia mahu menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Gerakan ini dimomokkan dengan sikap dan tindakan Mahathir yang memerintah Malaysia dengan kuku besi, mangamalkan kronisme, ketagih projek-projek mega raksasa, mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa sekaligus membebankan rakyat dan negara.
Kuku besi Mahathirisme telah menular dan mencakar dengan mainan, “manoeuvre” atau manipulasi politik dalam parti PPBM dan seterusnya Mahathirisme sekali lagi bermaharajalela semula. Tetapi kali ini tidaklah dalam UMNO tetapi dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana penyokong-penyokong DAP dan PKR ditelannya bulat-bulat.
Bermula dengan penubuhan parti PPBM, di mana penyokong-penyokong Muhyiddin Yassin beranggapan bahawa Presiden PPBM adalah “top dog” mereka. Namun mereka terkejut apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi PPBM telah meminggirkan Presiden parti.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PPBM Kamarulazman Habibur Rahman telah mengatakan Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan “pawn” yang boleh dikorbankan dalam percaturan politik Mahathir.
Setelah itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka pada Muhyiddin dan tidak boleh menerima kembalinya Mahathirisme telah meninggalkan parti. ��
Maruah penyokong, ahli PKR dan DAP berkecai apabila pemimpin mereka tanpa segan-silu telah memeluk kembali Mahathirisme dengan menjadikan Mahathir calon Perdana Menteri mereka. Inilah prinsip perjuangan pemimpin Reformasi dan Malaysian Malaysia rupa-rupanya! Maka kita tidak dengar lagi laungan Reformasi dan Malaysian Malaysia akhir-akhir ini.
Mahathir juga mengatur pembahagian kerusi setiap DUN dan Parlimen yang perlu setiap parti tandingi. Namun, PPBM mendapat kelebihan dengan melobi sebanyak mungkin kerusi yang mereka boleh "rampas" walau tidak dipersetujui rakan dalam Pakatan Harapan.
KERUSI MEREKA DIRAMPAS DAN DI EKSPLOITASI DEMI KEPENTINGAN PERIBADI PPBM DAN MAHATHIR. TAKTIK INI LEBIH KURANG SAMA DENGAN APA YANG BERLAKU SEMASA ANWAR IBRAHIM BERKUASA SUATU KETIKA DAHULU DAN AKHIRNYA PEMBANGKANG KECUNDANG LAGI.
Walaupun PPBM dan Mahathir sendiri tahu bahawa mereka tidak sekuat mana pun, kerana setiap hari dan setiap saat ada sahaja pemimpin dan ahlinya bertindak keluar parti kerana mereka melihat PPBM lebih teruk dan busuk dari luaran mahupun dari dalamannya.
No comments:
Post a Comment