Pembangkang sentiasa memainkan isu negatif terhadap Kerajaan dan salah satu isu adalah berkaitan dengan tanah Pengkalan Udara Sungai Besi yang kononnya digadai dan dijual kepada negara China mengikut pemahaman mereka.
Kalau hendak persoal tentang jual negara ini, negara kita pun banyak melabur di luar negara. Contohnya baru-baru ini di Singapura, Perdana Menteri kita telah melancarkan Projek Pembangunan Bersepadu Marina One dan DUO di mana negara kita melalui Khazanah memiliki 60% pegangan di dalam Marina One manakala Temasek yang dimiliki Singapura memiliki pegangan selebihnya. Adakah ini bermaksud negara kita membeli Singapura?
Fakta yang orang tidak tahu adalah berkaitan dengan pecahan pemilikan tanah untuk tanah Pengkalan Udara Sungai Besi yang terletak di dalam Bandar Malaysia. Berikut adalah pecahan pemilikan tanah sebenar yang perlu diketahui orang ramai,
a) 40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
b) 22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia.
c) 14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).
d) 24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ. Yup, bullet train yang akan memendekkan perjalanan KL ke Singapura hanya dalam tempoh 90 minit!
Berdasarkan kepada pecahan tersebut, secara ringkasnya pecahan ini menerangkan bahawa 54 peratus tanah tersebut adalah milik syarikat-syarikat kerajaan manakala 46 peratus pula milik swasta yang dipecahkan kepada 22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China. Jelas sekali tiada istilah jual atau gadai negara kepada negara luar kerana 76 peratus projek Bandar Malaysia adalah milik Malaysia dan hanya 24 peratus sahaja adalah milik China.
Pendek kata, jikakalau kita tidak tahu cerita sebenar berkaitan dengan isu tanah Pengkalan Udara Sungai Besi, janganlah kita mengada-adakan cerita bagi memburukkan negara. Apabila tohmahan-tohmahan negatif ini dilemparkan ke atas kerajaan semestinya hanya akan memburukkan imej negara. Yang pembangkang mahu buat hanya satu, membuat tuduhan-tuduhan liar agar reputasi kerajaan rosak.
Dengan tersebarnya fitnah-fitnah ini maka bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal cerita akan mempercayai cerita pembangkang. Ini kerana kita semua tahu walau apa jua keputusan kerajaan, pihak pembangkang akan memutar belit isu ini untuk menyemai perasaan benci rakyat terhadap kerajaan.
No comments:
Post a Comment